saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 14/10/2008

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 13 Okt - Dagangan saham di Bursa Malaysia ditutup pada harga bercampur-campur hari ini di tengah-tengah kebimbangan yang berterusan tentang ketidakpastian ekonomi dunia, kata peniaga.

Penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mengakhiri dagangan 16.75 mata atau 1.79 peratus lebih tinggi pada 950.76, didorong oleh kenaikan, kebanyakannya, saham Tenaga dan Sime Darby.

Peniaga-peniaga berkata kegiatan mencari saham murah dalam sesi petang membantu peningkatan indeks utama itu ke lingkungan positif.

Dalam dagangan seharian, indeks utama itu bergerak di antara 926.22 dengan 952.26.

Indeks Perusahaan meningkat 34.85 mata kepada 2,180.35, Indeks Kewangan bertambah 10.95 mata kepada 7,292.66 dan Indeks Perladangan menokok and 5.68 mata kepada 4,175.44.

FBMEmas mengukuh 75.64 mata kepada 6,279.08, FBM30 melonjak 104.71 mata kepada 6,146.68, FBM2BRD turun 69.93 mata kepada 4,528.24 dan FBMMesdaq 28.96 mata lebih rendah pada 3,657.12.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 366 berbanding 294, manakala 226 kaunter tidak berubah, 446 tidak diniagakan dan 23 digantung urus niaga.

Jumlah dagangan hari ini mengecil kepada 597.14 juta saham bernilai RM1.176 bilion berbanding 739.382 juta saham bernilai RM1.604 bilion pada penutupan Jumaat lepas.

Dalam kalangan saham cergas, KNM menambah sesen kepada 96.5 sen, IOI Corporation meningkat empat sen kepada RM3.50 manakala Resorts World naik dua sen kepada RM2.52.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 508.727 juta saham bernilai RM1.165 bilion berbanding 647.338 juta saham bernilai RM1.588 bilion Jumaat lepas.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan berkurangan kepada 16.409 juta saham bernilai RM5.985 juta daripada 23.420 juta saham bernilai RM10.296 juta sebelumnya.

Pasaran Mesdaq mencatatkan penyusunan jumlah dagangan kepada 19.971 juta saham bernilai RM3.548 juta berbanding 24.961 juta saham bernilai RM4.748 juta Jumaat lepas.

Sektor barangan pengguna menguasai 15.656 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 105.235 juta, pembinaan 46.87 juta, perdagangan/perkhidmatan 149.081 juta, teknologi 5.365 juta, prasarana 15.363 juta, kewangan 70.879 juta, hotel 908,100, harta 32.697 juta, perladangan 37.182 juta, perlombongan 6,000, REIT 1.555 juta, dana tertutup 152,200, ETF 5,500 dan pinjaman 27.772 juta.

-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.