saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/10/2008

Somchai enggan berundur


Somchai Wongsawat


BANGKOK 13 Okt. - Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat menolak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berikutan keganasan politik baru-baru ini.

Somchai sebaliknya berkata, tindakan meletakkan jawatan tidak akan menyelesaikan krisis politik yang semakin meruncing di negara ini.

Penunjuk perasaan antikerajaan telah menuntut Perdana Menteri itu meletakkan jawatan kerana menganggap beliau bertanggungjawab terhadap pertempuran ganas yang meragut tiga nyawa dan mencederakan hampir 500 lagi pada Selasa lalu.

Keganasan politik itu adalah yang terburuk di Thailand dalam tempoh sedekad lebih.

"Banyak kumpulan masyarakat yang menuntut saya meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen.

"Saya bukan sayang dengan jawatan saya ini, tetapi saya tidak yakin meletakkan jawatan ialah jalan penyelesaian yang betul," kata Somchai dalam ucapan di televisyen malam tadi.

Protes antikerajaan bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang cuba menghalang Somchai daripada menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di Parlimen.

Penunjuk perasaan menuduh polis pencegah rusuhan menggunakan kekerasan keterlaluan dan mereka berikrar akan melancarkan demonstrasi besar-besaran di luar ibu pejabat polis di Bangkok pada akhir minggu ini.

Demonstrasi itu pada mulanya dirancang untuk hari ini tetapi ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada dua mangsa yang mayatnya dijadual dibakar hari ini.

- AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.