saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/10/2008

BN gugur petisyen, Zulkifli Nordin kekal

ALOR STAR 13 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini meluluskan permohonan bekas calon Barisan Nasional, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk tidak meneruskan petisyen mencabar kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bersetuju untuk tidak meneruskan perbicaraan setelah pihak pempetisyen yang diwakili oleh peguam, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin menarik balik petisyen berkenaan.

Pada 27 April lalu, Abdul Aziz dengan diwakili peguam Firoz Hussein dan Datuk Mohd. Hafarizam Harun memfailkan petisyen bagi memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi Parlimen Kulim/Bandar Baharu yang dimenangi oleh Zulkifli Nordin sebagai tidak sah dan batal.

Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz ialah Zulkifli tidak mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya umum itu yang melanggar Akta Pilihan Raya.

Abdul Aziz menamakan Zulkifli sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan raya kawasan berkenaan responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Abdul Aziz mendapat 16,672 undi tewas kepada Zulkifli anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendapat 22,255 undi.

Zulkifli diwakili dua peguam, Md. Radzi Mustafa dan Azhar Arman Ali manakala Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin selaku peguam cara dan peguam- peguam Kanan Persekutuan, Maheran Mat Isa dan Zaleha Mat Jani mewakili responden kedua dan ketiga.

Sementara itu, Abdul Aziz yang ditemui di luar mahkamah berkata, tindakan beliau mengarahkan peguamnya untuk tidak meneruskan petisyen berkenaan adalah demi kepentingan penduduk di Parlimen berkenaan.

''Setelah mengambil kira keadaan ekonomi dan politik pada masa kini sehingga menyebabkan rakyat terhimpit dengan pelbagai beban, saya fikirkan adalah lebih baik memberi tumpuan kepada penduduk di kawasan itu.

''Perhatian kepada rakyat lebih penting daripada memikirkan kuasa dengan mencabar kemenangan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, walaupun beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) kehilangan hak untuk bersuara di Parlimen tetapi beliau tetap akan meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.

''Walaupun BN hilang hak untuk bersuara di dalam Parlimen tetapi dengan adanya hubungan yang baik antara penduduk dan pucuk pimpinan, ia membolehkan kawasan berkenaan membangun dan penduduk diberi perhatian," jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.