saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 14/10/2008

UPKO tidak mahu menjadi parti penumpang BN

PENAMPANG 13 Okt. - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) berikrar tidak akan menjadi sekadar parti penumpang kepada gabungan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, sebaliknya UPKO mahu turut memainkan peranan bersama-sama parti gabungan lain dalam proses pembangunan negara.

"Kita tidak mahu sekadar menjadi orang suruhan, boneka atau orang yang angkat kaki, justeru, kita inginkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen terus menyuarakan kemahuan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO 2008 di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Pekan Donggongon di sini semalam.

UPKO mempunyai enam ADUN di Sabah iaitu di Moyog, Kuala Penyu, Bingkor, Paginatan, Nabawan dan Kuamut, manakala Parlimen pula di Ranau, Tuaran, Putatan dan Penampang.

Dompok yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, UPKO sememangnya amat komited untuk sama-sama terlibat dalam pentadbiran negara.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, semua ADUN dan Ahli Parlimen UPKO perlu lantang di Dewan Rakyat menyuarakan hak, kepentingan dan kehendak rakyat khususnya permintaan orang Sabah.

"Ini mandat kita, jika sesebuah parti itu besar dan mempunyai 70 wakil rakyat pun tiada guna kalau wakil rakyat mereka berdiam diri sahaja dan tidak menjalankan tugas," ujarnya.

Katanya, pendirian UPKO adalah tegas, jika tindakan kerajaan tidak betul pihaknya akan tetap menegur pemerintah dan semua itu dilakukan untuk kebaikan BN.

"Ia umpama bersama menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Keningau tetapi jika tiba-tiba melencong ke Brunei, ini sudah tidak betul, kita mungkin akan turun dan naik bas lain," katanya.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Perasmian Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, bahawa masalah paling penting yang perlu diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menjadi Perdana Menteri ialah soal perpaduan, beliau berkata, UPKO akan turut membantu menyelesai masalah itu.

Menurutnya, perkara itu sudah menjadi tanggungjawab bersama dan setiap masalah perlu diselesai mengikut semangat BN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.