saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/10/2008

Khir desak parti ambil tindakan

SHAH ALAM 13 Okt. – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendesak Gerakan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita parti itu, Datuk Tan Lian Hoe berhubung kenyataannya Jumaat lalu yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.

Desakan itu dibuat kerana beliau menyifatkan kenyataan tersebut yang menganggap asal usul setiap kaum di negara ini adalah sama sebenarnya tidak berasas kerana membelakangkan fakta serta kedudukan sebenar orang Melayu sebagai penduduk asal.

Katanya, tindakan ke atas Lian Hoe perlu dilakukan kerana Gerakan sebelum ini merupakan pihak yang paling lantang mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman khususnya kepada kaum Cina.

“Saya tidak faham, jika orang Melayu bercakap menyentuh isu kaum, kita dianggap sebagai perkauman tetapi jika mereka (bukan Melayu) bercakap dalam soal yang sama, mereka tidak pula dianggap begitu.

“Kalau mereka (Gerakan) sebelum ini menyifatkan kenyataan Ahmad sebagai perkauman, mereka perlu sedar bahawa Lian Hoe melakukan perkara yang sama. Oleh itu, Gerakan perlu kenakan tindakan kepada Lian Hoe sama seperti UMNO lakukan kepada Ahmad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mohamad Khir, Lian Hoe tidak menghormati semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN) khususnya orang Melayu yang ikhlas berkongsi dan memberikan taraf kerakyatan kepada orang Cina dan India sebelum ini.

Jelasnya, sepatutnya Lian Hoe perlu menyelidik fakta dan sejarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebelum kedatangan orang Cina dan India ke Malaysia, orang Melayu telah wujud dan bertapak di negara ini selain mempunyai struktur politik serta kerajaannya sendiri seperti kerajaan kesultanan Melaka dan Langkasuka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.