saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/10/2008

Kepuasan Maria Tunku Sabri


SAKSIKAN… Pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan Jalan-Jalan Cari Makan musim ke-11 yang bakal memulakan siarannya pada 19 Oktober ini pukul 12 tengah hari di TV3.


KELIBAT wanita berusia 38 tahun ini yang setia mengajak para penonton TV3 menyaksikan destinasi-destinasi menarik dalam dan luar negara sambil membongkar pelbagai menu istimewa menerusi rancangan kelolaannya, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sejak 10 musim lalu sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Terkenal sebagai personaliti yang pandai berceloteh dan mudah mesra, Maria Tunku Sabri yang gemar dipanggil Maria, kini sekali lagi diberi kepercayaan mengacarakan rancangan yang begitu sinonim dengan dirinya itu untuk musim yang ke-11.

Bezanya untuk musim kali ini, dia bukan sahaja dipertanggungjawabkan sebagai pengacara tetapi juga sebagai penerbit rancangan itu.

JJCM 11 yang bersiaran bermula Ahad ini (19 Oktober), pada pukul 12 tengah hari di TV3 bakal membawa penonton menyelusuri jalan-jalan sekitar Kota Singa seperti Vovocity, Bugis Junction, Arab Street, Orchard Road dan Clarke Quay.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran JJCM 11 baru-baru ini Maria berkata, dia kini menggalas tanggungjawab berganda berbanding 10 musim lalu.

"Sebenarnya tidak mudah untuk kekal mengacarakan rancangan JJCM selama 11 musim. Saya jenis yang buat sesuatu dengan sesungguh hati. Bukan untuk glamor, tetapi untuk memberi informasi tentang tempat makan yang orang ramai nak tahu.

"Sebab itu kalau tengok saya berpeluh-peluh ketika mengacara, memang rasa tidak kisah sebab tugas saya adalah sebagai pencerita dan penyampai mesej kepada penonton," ujar Maria.

Sambil mengenali pelbagai juadah menarik yang seringkali menjadi menu kebanggaan rakyat Singapura itu, para penonton turut diberi informasi berguna tentang sejarah serta latar belakang yang menjadi destinasi kunjungan JJCM 11 sepanjang lapan episod bersiaran.

Sentiasa buat kajian

Mengacarakan rancangan berkonsepkan riadah sambil menikmati juadah menarik sudah pasti mengundang suara-suara yang menyatakan ia sebagai satu tugas yang mudah.

Namun bagi yang empunya diri taksiran sedemikian pastinya berbeza. Tidak mahu tugasnya dipandang enteng oleh sesetengah pihak, Maria tegas menyatakan tugas sebagai pengacara sekali gus sebagai penerbit rancangan itu tidak semudah yang disangka.

"Orang memang nampak tugas saya di kaca televisyen seperti mudah. Sebab tengok saya berjalan-jalan dan makan. Tetapi orang tidak tahu, setiap apa yang saya cakap dan sampaikan dalam rancangan itu semuanya bergantung kepada fakta.

"Memang susah, sebab saya kena kaji sejarah restoran yang krew JJCM lawati serta sejarah tempat yang saya pergi. Ia memang memerlukan banyak persediaan dari segi mental dan fizikal. Setelah siap buat rakaman, saya kena tengok balik untuk pastikan fakta yang saya sampaikan sama dengan fakta yang diberi oleh Lembaga Pelancongan Singapura.

"Sepanjang setengah jam bersiaran, saya kena pastikan ia padat dengan fakta, sebab saya bukan saja cakap kosong," kata isteri kepada Ahmad Nazri Abd. Malik ini lagi.

Memanfaatkan tempoh 30 hari di Kota Singa bermula 17 Julai lalu, cerita Maria, dia tidak punya pilihan kerana untuk setiap episod, dia perlu memuatkan ulasan tentang tiga buah restoran.

Ini bermakna untuk lapan episod, dia perlu menyenaraikan sebanyak 24 buah restoran untuk dikunjungi dalam tempoh 30 hari.

"Bayangkan dalam masa 30 hari saya dan krew kena lawati lebih 20 buah restoran, dengan cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan sebagainya.

"Untuk setiap episod, saya perlu kunjungi tiga buah restoran termasuk sebuah restoran mahal, sederhana dan murah. Ia penting sebagai maklumat kepada pengunjung yang terdiri dari pelbagai kelompok.

" Untuk menjayakan rakaman kami dalam tempoh yang singkat itu, setiap hari kami perlu bangun awal untuk mengelask daripada panas matahari," cerita Maria tentang kesukaran yang dialami.

Dengan tema 'Jom Cari Makan Di Kota Singa!', kata Maria, apa yang menarik paparan kali ini ialah pelbagai hab dan gerai makanan halal yang kini semakin mudah ditemui di Singapura.

"Di Singapura kini terdapat banyak tempat makanan halal.

"Jadi, para pelancong terutamanya yang beragama Islam dan berketurunan Melayu sudah tidak perlu berasa risau untuk mencari restoran makanan halal ketika melancong ke Singapura," katanya.

Teringin kuruskan badan

Sebagai seorang selebriti terkenal, Maria tentunya tidak dapat lari dari pelbagai rungutan di kalangan peminat kerana pertambahan berat badan ketara yang dialaminya kini.

"Siapa yang tidak mahu kurus, saya rasa semua orang pun mahu kurus. Bagaimanapun, kurus bagi saya bukan untuk cantik tetapi untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik.

"Risiko mengacarakan JJCM memang tinggi terutamanya berhadapan risiko penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. Sebab itu saya rasa saya perlu kuruskan badan.

"Saya menjadi duta terbaru kepada produk pelangsingan badan Keep Slim. Mereka ada menyatakan kepada saya tidak lama dahulu. Cuma saya tidak dapat mengikuti jadual yang diaturkan kerana terikat dengan pelbagai jadual kerja," kata Maria lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.