saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/10/2008

Plat nama batu nisan dicuri


WARIS keluarga si mati terpaksa mencari batu nisan berdasarkan nombor lot yang diperolehi daripada penjaga kubur kerana plat nama di batu nisan dicuri.
- Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


KLUANG 14 Okt. - Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan Islam Kampung Melayu di sini sempena Aidilfitri baru-baru ini terkejut apabila mendapati plat nama saudara- mara mereka yang meninggal dunia hilang daripada batu- batu nisan perkuburan itu.

Ia hilang kerana dipercayai dicuri ekoran kebanyakan plat nama berkenaan diperbuat daripada tembaga atau logam berwarna merah.

Pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai mencurinya untuk dijual kerana harga tembaga di pasaran ketika ini lebih mahal berbanding besi.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan perkuburan yang menempatkan lebih 6,000 buah kubur itu mendapati kebanyakan batu nisan yang plak nama dibuat daripada logam berwarna merah telah hilang.

Selain kecurian plat nama, sejak beberapa bulan lalu, batu nisan yang diperbuat daripada granit turut menjadi sasaran pencuri di tanah perkuburan berdekatan iaitu Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan di sini.

Kejadian mencuri batu nisan granit yang sepasang berharga lebih RM4,000 itu semakin menjadi-jadi berlaku di tanah perkuburan tersebut.

Selain batu nisan granit, kebanyakan tanah perkuburan di situ menggunakan nisan jenis batu kapur yang bernilai RM380 sepasang, nisan terazo (RM580), nisan kayu (RM900) dan nisan marmar (melebihi RM2,000).

Sementara itu, seorang pengunjung tanah perkuburan itu, Ahmad Said, 40, berkata, dia terkejut apabila melihat ada beberapa kubur di situ tidak mempunyai nama.

Pada mulanya, dia menyangka plat nama tersebut sengaja dicabut oleh waris bagi memudahkan kerja mengecat batu nisan sempena Aidilfitri.

Bagaimanapun, kemusykilan timbul apabila melihat beberapa deretan batu nisan tiada plat nama dan yang tinggal hanya kesan gam pelekat.

"Waris yang datang hanya setahun sekali pasti tidak dapat mencari kubur saudara kerana tiada penanda nama kalau mereka tidak ingat nombor lot kubur," katanya.

Penjaga tanah perkuburan di situ, Razak Janis berkata, kegiatan mencuri plat tembaga di tanah perkuburan Kampung Melayu mula dikesan sejak awal tahun dan kehilangan batu nisan granit hanya berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Kata Razak, pihaknya sentiasa melakukan rondaan di kedua- dua kawasan perkuburan namun hingga kini tidak ada tangkapan yang berjaya dibuat.

"Setiap hari saya berada di sini dari pukul 7 pagi hingga 4 petang dan tidak pula terserempak dengan individu yang mencurigakan.

"Entahlah mungkin mereka (pencuri) melakukan kerja tersebut pada waktu malam," katanya.

Menurutnya, pencuri hanya mencuri batu nisan di bahagian kaki untuk dijual kerana ia kosong.

Justeru itu, dia menasihatkan waris agar menulis nama di kedua-dua nisan bagi mengelak nisan tersebut menjadi sasaran pencuri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.