saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 15/10/2008

Kejohanan Catur Kuala Langat dapat sambutan

BANTING 14 Okt. - Walaupun pertama kali dianjurkan, Kejohanan Catur Kuala Langat berjaya menarik penyertaan yang menggalakkan apabila sebanyak 224 peserta dari seluruh negara mengambil bahagian.

Pertandingan itu turut berjaya menarik penyertaan Ismail Ahmad yang pernah muncul juara Kejohanan Polis Dunia 2003 di Sepanyol.

Selain itu, kejohanan itu turut disertai oleh pemain luar negara iaitu dari Sri Lanka, Zambia, India dan Filipina.

Kejohanan anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan kerjasama Persekutuan Catur Malaysia itu berlangsung di Bandar Sungai Emas di sini bukan sekadar menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,750 tetapi turut menawarkan mata rating yang akan meningkatkan kedudukan pemain pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, kejohanan yang dibahagikan kepada tiga kategori dan 10 sub-kategori itu turut disertai oleh pemain-pemain yang pernah dan sedang mewakili negara termasuk barisan pelapis yang akan ke Kejohanan Remaja Dunia di Vietnam pada 19 hingga 31 Oktober ini.

Wakil penganjur, Azhar Mohd. Said berkata, pihaknya agak terkejut dengan sambutan menggalakkan yang diterima untuk pertandingan itu.

"Ini adalah kali pertama Banting menjadi tuan rumah kejohanan catur. Sambutannya begitu menggalakkan dan ini sesuatu yang baik untuk sebuah daerah yang agak jauh dari bandar-bandar utama.

"Mungkin sambutan yang baik ini diterima kerana kejohanan ini mendapat pengiktirafan Persekutuan Catur Malaysia, yang bermakna ia menawarkan rating dalam kedudukan pemain... jadi hadiah bukan matlamat kepada kebanyakan daripada mereka," katanya yang juga ketua hakim kejohanan.

Ujarnya, kejohanan itu turut disertai oleh pemain-pemain yang mewakili negara ke Sukan Paralimpik di Beijing baru-baru ini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan MDKL, Shahrul Nizam Khalil berkata, pihaknya gembira kerana tidak menjangka sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

"Sebelum ini Kuala Langat dikenali kerana sukan perahu layar dan paragliding, kini kami berharap kejohanan ini akan membuka jalan untuk kami mempopularkan sukan catur kepada penduduk di sini," ujarnya.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.