saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 15/10/2008

Gerakan perlu perjelas

ucapan Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Wanita Gerakan baru-baru ini, walaupun sungguh mengecewakan tetapi tidak begitu memeranjatkan, lebih-lebih lagi jika dikaji kecenderungan pemimpin-pemimpin dari parti tersebut yang telah membuat kenyataan demi kenyataan membelakangi saranan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri.

Apa yang perlu dikupas ialah motif atau agenda tersirat daripada ucapan tersebut dan pemimpin-pemimpin parti Gerakan mesti ikhlas memberi penjelasan yang sebenar.

Bukankah Timbalan Perdana Menteri telah memohon maaf atas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, dan tidakkah beliau sudah diambil tindakan? Jadi mengapakah perlu bermain dengan api sekali lagi?

Dan perlu diingatkan kembali bagaimana UMNO Perak telah mengorbankan kerusi majoriti Melayu iaitu Gerik kepada beliau (Lian Hoe) pada pilihan raya umum lepas, satu tindakan yang dibantah keras oleh ahli-ahli UMNO akar umbi di Perak, tetapi atas semangat setiakawan dan perkongsian kuasa, tetap diberikan juga, dengan titisan air mata ribuan pengundi di Gerik.

Gerakan telah menunjukkan bahawa mereka lantang, tegas dan tidak bertoleransi akan sentimen perkauman dan ektremisme seperti yang telah ditunjukkan dalam manifesto mesyuarat agung mereka baru-baru ini. Mereka telah memutuskan perhubungan dengan UMNO Pulau Pinang sebagai langkah memprotes ucapan sensitif yang telah dibuat oleh ketua bahagian tersebut.

Apakah mereka tidak fikir bahawa tindakan yang serupa mungkin boleh "ditiru" oleh Perhubungan UMNO Perak sebagai bantahan? Atau, yang lebih menarik lagi, adakah mereka "mengharapkan" UMNO Perak berbuat demikian supaya dapat mereka bergerak membuat tindakan susulan untuk mencapai objektif tersembunyi mereka iaitu untuk keluar daripada BN?

Kita sebenarnya boleh meramalkan apa yang akan berlaku selepas ini; ramai perwakilan UMNO bahagian yang sedang bermesyuarat akan membuat kenyataan-kenyataan balas sekali gus mengeruhkan lagi suasana di antara Gerakan dan UMNO.

Suara-suara lantang mendesak supaya Gerakan dikeluarkan dari BN akan mencapai satu tahap yang kritikal; mungkin berbaur hasutan dan kebencian.

Ini akan membuatkan ahli-ahli Gerakan semakin bertekad untuk mendesak parti mereka keluar daripada BN.

Apa yang perlu bagi ahli-ahli UMNO sekarang ialah untuk bertenang dan jangan mengikut emosi. Kita tunjukkan kepada saudara-saudara bukan Melayu kita bahawa ahli-ahli UMNO bersikap profesional, tidak cepat melatah dan akan menangani "kekeliruan fakta sejarah" ini dengan penuh berhemah dan tatasusila.

Dr. Faizal Tajuddin

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.