saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 16/10/2008

Penduduk sedia pindah jika ada kemudahan asas

JOHOR BAHRU 15 Okt. - "Kami sedia berpindah hari ini juga jika kawasan penempatan baru di Kampung Bukit Dagang, Mukim Sungai Tiram siap dengan kemudahan asas," demikian reaksi lebih 2,000 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, yang didakwa enggan berpindah daripada kawasan itu.

Ketua UMNO cawangan berkenaan, Mohd. Shahari Mohd. Sham berkata, penduduk reda dan dapat menerima hakikat bahawa tanah yang diduduki sejak 20 tahun lalu bukan hak mereka tetapi milik sebuah syarikat pemaju seperti yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Beliau berkata, penempatan baru yang seluas 33.2 hektar merupakan kurniaan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-10 bagi menempatkan penduduk asal kampung berkenaan.

"Kami memberikan komitmen tinggi untuk berpindah dengan segera ke situ tetapi sampai hari ini yang terdapat di sana hanyalah sebuah surau. Bayang rumah pun tidak nampak.

"Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk tidak berpindah selagi penempatan baru ini tidak dilengkapi dengan kemudahan asas. Kalau siap bulan depan, kami berjanji untuk berpindah secepat mungkin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah sepatutnya mengosongkan rumah mereka selepas menerima notis pengosongan yang dikeluarkan pada 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun pada 14 Ogos lalu, pihak pemaju dan penduduk mencapai kata sepakat bagi menangguhkan keputusan untuk merobohkan rumah penduduk kepada 15 Oktober ini.

Mohd. Shahari menambah, isu Kampung Baru Plentong Tengah itu sepatutnya dapat diselesaikan secara mudah jika terdapat pertemuan di meja rundingan.

Katanya, sehingga hari ini pihak penduduk, pemaju dan kerajaan tidak pernah duduk bertentang mata bagi membincangkan isu tersebut secara hitam putih.

"Isu ini menjadi masalah besar apabila terdapat ramai pihak yang menjadi orang tengah. Sepatutnya semua pemimpin perlu datang berjumpa terus dengan penduduk untuk mengetahui masalah sebenar kami.

"Ramai orang ingat kami tidak mahu berpindah. Tetapi kenyataannya kami komited untuk berpindah jika janji kerajaan negeri dapat ditunaikan," katanya sambil memberitahu pihak penduduk tidak pernah ditawarkan pampasan secara hitam putih dan sekadar digembar-gembur dalam media.

Mengulas kejadian kekecohan pagi semalam, beliau melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan kehadiran ramai pihak seperti anggota polis yang bersenjata, Tenaga Nasional Bhd. (TNB), pihak forensik dan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri di kampung berkenaan.

Katanya, senario tersebut yang tidak sepatutnya berlaku telah menimbulkan suasana kelam-kabut kepada penduduk terutamanya pelajar yang ingin ke sekolah untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Mengapa perlu terdapat kekecohan? Tarikh pendengaran permohonan penduduk bagi menangguhkan pelaksanaan merobohkan tanah mereka telah ditetapkan pada 29 Oktober ini.

"Ini bermakna pihak pemaju tidak boleh melakukan aktiviti merobohkan pada 16 Oktober ini dan mereka boleh dianggap melanggar perintah mahkamah jika meneruskannya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Shahari berharap surat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta kerajaan negeri dapat mempertimbangkan rayuan penduduk wajar diambil kira.

Katanya, surat itu diterima menerusi Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.