saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/10/2008

Tempoh kempen yang lama boleh jejaskan produktiviti

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Tempoh kempen selama empat bulan untuk pemilihan UMNO adalah terlalu lama dan ia boleh menjejaskan produktiviti calon terutama yang mempunyai portfolio dalam kerajaan, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya berkata demikian kerana ramai yang lain turut berkongsi kebimbangan yang sama kerana mungkin akan wujud isu politik wang dan merugikan daripada segi tenaga dan sumber dana," katanya semasa ditanya tempoh kempen yang lama bagi pemilihan UMNO Mac depan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serantau, Eisenhower Fellowships di sini hari ini.

Muhyiddin berkata ini merupakan kali pertama tempoh berkempen yang paling lama iaitu selama empat bulan berbanding sebulan sebelum ini kerana untuk memenuhi pelan peralihan kuasa antara Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Mac depan.

"Terdapat kebimbangan di kalangan calon-calon yang bertanding jawatan kerana buat pertama kali tempohnya adalah yang paling lama. Tidak pernah berlaku sebelum ini tempoh berkempen selama empat bulan, kerana kita mahu memenuhi pelan peralihan kuasa," katanya.

Semasa ditanya adakah tarikh pemilihan itu wajar dipercepatkan dari Mac 2009, beliau berkata: "Saya fikir saya mahu serahkannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak mahu cadangkan apa-apa sebab sesetengah orang cakap yang Muhyiddin sekarang ni terlalu banyak bercakap.

"Jika anda tanya saya sebagai calon yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden, tempoh kempen yang pendek, iaitu selama sebulan, lagi baik.

"Lagi lama bererti ia akan mengambil lebih banyak masa — di lebuh raya, atas kapal terbang dan bergerak dari satu negeri ke satu negeri.

"Kebanyakan daripada mereka ini memegang jawatan tinggi dan juga jawatan menteri, kita tidak mahu perkara ini mendatangkan kesan kepada produktiviti," katanya.

Beliau berkata, mereka perlu menumpukan pada tugas yang dipertanggungjawabkan lebih-lebih lagi dengan keadaan tidak menentu yang dihadapi dunia sekarang.

Setakat ini, Muhyiddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menerima 24 pencalonan.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.