saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/10/2008

Tidak timbul soal pro aspirasi atau pro siswa dalam pilihan raya kampus, kata Idris

17/10/2008 4:54pm

KUALA LUMPUR 17 Okt. — Perwakilan Pelajar sesebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dipilih menerusi pilihan raya kampus hendaklahlah mewakili kepentingan pelajar universiti berkenaan dan tidak seharusnya memperjuangkan agenda sesebuah parti politik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata, tidak timbul soal pelabelan perwakilan sebagai yang pro aspirasi atau pro siswa.

“Perwakilan itu mesti mewakili kepentingan pelajar, bukan mana-mana parti politik, perwakilan yang dipilih pelajar itu juga tidak seharusnya memperjuangkan agenda politik semata-mata sebaliknya memperjuangkan apa yang disuarakan pelajar, “ katanya ketika minta mengulas mengenai pilihan raya kampus yang akan bermula tidak lama lagi.

Idris berkata, pihak kerajaan akan menerima sesiapa sahaja wakil kepada pelajar yang mewakili suara pelajar dan bukan suara pelajar yang mewakili mana-mana parti politik di negara ini.

“Tiada pro aspirasi dan pro siswa. Kementerian akan mendengar dan mengiktiraf suara semua perwakilan yang mewakili pelajar dan bukan perwakilan yang mewakili parti-parti politik termasuk Umno,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penuntut Universiti Antarabangsa 2008 di Universiti Malaya di sini hari ini.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.