saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/10/2008

'Politik wang mampu jahanamkan UMNO'

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Gejala politik wang di dalam UMNO tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia mampu menjahanamkan parti dan menyebabkan orang Melayu hilang kepercayaan terhadapnya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan pemerhatian, beliau mendapati terdapat peningkatan gejala itu di dalam parti tersebut.

"Apa yang pastinya kita tidak boleh biarkan perkara ini menjadi satu budaya dalam UMNO kerana ia akan menjahanamkan UMNO dan akan menjadikan orang Melayu makin jauh daripada parti ini," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran kepada para pemimpinnya agar tidak menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan pada pemilihan bahagian.

Mustapa menambah, amat membimbangkan jika persepsi bahawa sesiapa yang berkebolehan tidak berpeluang untuk berjuang dalam parti kerana tidak mempunyai wang, terus dipupuk dalam UMNO.

Tegas beliau, kalau itu persepsinya, maka UMNO tidak akan berjaya menarik sokongan daripada orang Melayu.

"Demi masa depan UMNO dan orang Melayu, kita perlu mencari tindakan yang tegas dan segera bagi memastikan budaya ini dapat kita hentikan," ujarnya.

Mustapa turut meminta para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) agar membawa setiap isu yang berbangkit ke dalam mesyuarat parti itu untuk dibincangkan.

Beliau memberitahu, semua pihak dalam BN ada hak untuk menyuarakan pandangan tetapi tempatnya perlu sesuai dan isu-isu besar harus dibincangkan dalam parti.

"Kita harus benarkan perbincangan, tetapi ada benda yang boleh kita bincang di luar dan ada benda kita perlu bincang dalam BN," katanya.

Menurutnya, sama ada tuntutan itu wajar atau tidak, BN yang akan menentukannya.

Mustapa diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai hari ini yang mencadangkan jawatan Timbalan Pengerusi BN ditambah dari satu jawatan sekarang kepada dua dengan satu daripadanya diisi pemimpin MCA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.