saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2008

Bintang Piala Dunia Brazil lawat Malaysia

KUALA LUMPUR - Bekas bintang terkemuka Piala Dunia Brazil akan melawat Malaysia dari 2 hingga 8 November ini untuk menyertai perlawanan amal Tour of Hope yang bertujuan mengisi tabung bantuan mangsa Taufan Nargis di Myanmar.

Antara pemain era 90-an itu ialah Paulo Sergio Rosa, Cesar Sampiao, Ze Carlos, Giovanni, Emerson, Batista, Silvio dan Cleber.

Sergio Rosa atau lebih dikenali dengan gelaran 'Viola' adalah pemain sayap dan penyerang yang pernah membantu Brazil muncul juara Piala Dunia 1994.

César Sampaio pula pernah memenangi gelaran pemain terbaik Brazil pada 1990 dan 1993 dan antara pemain yang membantu negaranya menjuarai Copa America dan Piala Konfederasi FIFA pada 1997 serta beraksi pada Piala Dunia 1998 bersama Ze Carlos, Giovanni, Emerson, Batista, Silvio dan Cleber.

Penganjur program amal itu, Wawasan GMR Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan semalam berkata, pasukan bintang Piala Dunia 1994 dan 1998 Brazil tersebut dijadual menentang juara Piala Malaysia, Kedah di Stadium Darul Aman pada 7 November.

Ketua Pegawai Eksekutif Wawasan GMR, Beram K. Raj berkata, selain Malaysia, program sama turut diadakan di Myanmar, Vietnam dan Thailand.

"Jelajah bekas bintang Piala Dunia Brazil ini bukan sahaja terbabit dalam perlawanan amal malah turut mengadakan klinik bola sepak dan program amal lain.

"Kami berharap dapat menyaksikan rakyat Malaysia menunjukkan sifat pemurah mereka dalam menyokong program ini yang juga akan membantu kanak-kanak Myanmar membina semula sekolah mereka yang musnah," kata Beram.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur program ini, Peter Shankar Nambiar berkata, lebih 250 sekolah musnah akibat taufan yang melanda daerah Pyaphon itu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kutipan daripada perlawanan amal ini akan digunakan untuk membina semula sekurang-kurangnya 15 sekolah yang dijangka menelan belanja RM500,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.