saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/10/2008

Anugerah Skrin 2008

WANDA pasti ramai yang mula menantikan kemuncak malam Anugerah Skrin yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 7 November depan.

Sementelah kehangatan penganjuran anugerah yang dianggap antara yang berprestij sudah mulai terasa bahangnya setelah TV3 menayangkan drama-drama terpilih menerusi slot Cerekarama pada setiap Sabtu sejak beberapa bulan lalu.

Sebanyak 22 kategori dipertandingkan tahun ini berbanding 21, tahun lepas meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman dengan pengenalan dua kategori baru untuk filem iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Secara keseluruhan, sembilan kategori dipertandingkan bagi drama, drama rantaian dan drama komedi; tujuh kategori filem dan enam bagi penerbitan dalaman.

Bagi menyertai anugerah ini, calon-calon terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca tv dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton.

Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak menganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama memeriahkannya.

Tahun ini nampaknya persaingan sengit bukan sahaja melibatkan kategori filem tetapi juga drama yang antara calon-calonnya adalah drama terdiri daripada Kehangatan Lantana yang mengisahkan tentang isteri derhaka dan Tuhan Pun Tahu yang diinspirasikan daripada kisah hidup seorang penulis lirik popular yang diarahkan pengarah Jinggo.

Juga bertanding adalah drama-drama Ihsan, Cinta Si Rempit, Suara Saleha dan Cari yang kesemuanya disiarkan di TV3 manakala RTM1 dan RTM2 mempertaruhkan Pulanglah Di Aidilfitri, Nasi Lemak Lebaran, Kebun Pisang Tok Mudim, Calon Madu dan Wasiat Fitrah.

Sementara drama-drama TV9, NTV7 dan Astro Ria yang tercalon pula masing-masing adalah Raya Sedondon, Abang! Mak Panggil Balik, Relung Kasih, Aku Bukan Buaya, Jangan Lupa, Hang 2 dan Kembalikan Amanda.

Filem cereka pula mempertandingkan 22 buah filem dan Wanda percaya memang ia persaingan hebat kerana calon-calonnya hebat-hebat belaka.

Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 21, Kala Malam Bulan Mengambang merupakan antara calon selain filem Sepi, 1957: Hati Malaya, Congkak, Anak Halal, Impak Maksima, Duyung, Anak, Pensil, Apa Kata Hati? dan Cinta Yang Satu.

Turut tercalon filem-filem Haru Biru, Kayangan, Otai, 9 September, Misteri Orang Minyak, Nan Tanjung 2, Dunia Baru The Movie, Evolusi KL Drift, Akhirat dan Cinta U-Turn.

Sementara calon-calon bagi drama rantaian meliputi Jelatang, Iris, Manjalara, Bella, Takdir Yang Terindah, Bicara Aur Dengan Tebing, Tangisan Bulan Madu, Bilik No. 13, Akademi Polis, Pendekar Lima, Elly, Ghost dan Jangan Main Belakang.

Calon-calon bagi kategori drama komedi pula mempertaruhkan enam drama iaitu Mr. Mama, Bujang Antik, Depan Rumah Sebelah Kedai, Pak Pandir Moden, Gaia dan Di Bawah Ketiak Isteri.

Melihatkan pencalonannya, Wanda pasti ramai yang sudah berkira-kira siapakah yang mampu meraih anugerah terutama anugerah utama seperti drama dan filem terbaik, pelakon lelaki dan wanita terbaik juga pengarah drama dan filem terbaik.

Pada Wanda, tak kisah siapa yang menang kerana yang penting adalah semangat juang dan semangat mahu meneruskan kesinambungan industri drama dan filem.

Juga memikirkan bagaimana mahu terus mempertingkatkan hasil kreativiti selaras dengan kehendak masa kini.

Apa pun, dalam dok sibuk orang memperkatakan tentang pencalonan Anugerah Skrin, jangan tak tahu, ramai juga yang tertanya-tanya siapa pula yang bakal mengendalikan anugerah berprestij itu.

Banyak juga nama yang Wanda dengar yang turut dicalonkan bagi kategori pengacara majlis yang tugasnya bukan sahaja cantik dan segak di pentas tetapi seharusnya bijak mengendalikan perjalanan majlis.

Antara nama yang tercalon Wanda dengar termasuklah Adlin Aman Ramlie, Nurul Syuhada, Fara Fauzana dan Amy Mastura. Tidak ketinggalan Awal Ashari, Dynaz dan Fahrin.

Hemmm... Ramai juga tu. Tapi kalau nak tahu siapa bakal mengendalikan Anugerah Skrin edisi ini, tunggulah pengumuman minggu depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.