saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/10/2008

Somchai nak jumpa Hun Sen - Cari jalan terbaik selesai pertikaian mengenai kuil purba


Somchai (kiri) menyatakan sesuatu kepada seorang askar Thai di Hospital Kantaralak, dekat sempadan Kemboja, yang dirawat selepas cedera sewaktu bertempur dengan askar Kemboja di wilayah Preah Vihear, Rabu lalu.– AFP


KANTARALAK, Thailand 18 Okt. – Perdana Menteri, Somchai Wongsawat hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertemu empat mata dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam usaha menjernihkan semula hubungan kedua-dua negara.

Kenyataan Somchai itu dibuat selepas kenyataan Hun Sen semalam yang menegaskan bahawa rundingan melibatkan pihak luar adalah tidak perlu dalam menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Saya sedang mencari masa sesuai untuk bertemu dengan beliau. Kami sepatutnya diberi peluang untuk berbincang.

“Ini adalah isu antara Thailand dan Kemboja dan kami tidak perlu membenarkan negara lain terlibat,” kata Somchai kepada pemberita selepas melawat askar Thai di kawasan tersebut.

Kedua-dua pihak sedang berusaha mencari jalan untuk meredakan ketegangan selepas tiga askar Kemboja terbunuh dalam pertempuran selama 40 minit Rabu lalu.

Dua askar Kemboja dan tujuh askar Thailand pula cedera.

Somchai dan Hun Sen dijangka hadir pada sidang ASEAN di Beijing minggu depan yang membincangkan krisis kewangan global, namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan mengadakan mesyuarat sampingan.

Jurucakap tentera Thailand berkata, hari ini seorang anggotanya maut apabila terjatuh ketika meronda dan tertembak diri sendiri secara tidak sengaja.

Tentera dari kedua-dua negara yang ditugaskan ke kawasan Kuil Preah Vihear itu telah bersetuju menjalankan kawalan bersama dan mengadakaN lebih banyak perbincangan bagi mengurangkan bilangan askar di sekitar kuil Hindu tersebut.

– Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.