saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/10/2008

Singapura didesak henti guna saman fitnah

SINGAPURA 18 Okt. - Sebuah kumpulan hak asasi antarabangsa hari ini mendesak Singapura supaya berhenti menggunakan saman fitnah bagi menghalang kritikan sehingga menyebabkan ahli-ahli politik pembangkang jatuh muflis.

Kritikan oleh Human Rights Watch (HRW) itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi pada minggu ini mengarahkan Chee Soon Juan dan parti pembangkang, Parti Demokratik Singapura membayar ganti rugi sebanyak AS$416,000 (RM1.47 juta) kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan bapa beliau, Lee Kuan Yew.

HRW menyifatkan keputusan itu sebagai contoh bagaimana pemerintah negara pulau ini menggunakan undang-undang untuk memberi tekanan kepada musuh politik mereka daripada menyuarakan pendapat.

"Menggunakan undang-undang fitnah untuk menghalang ucapan politik secara aman adalah satu perkara olok-olok oleh Singapura yang mendakwa ia sebagai negara model demokrasi," kata Timbalan Pengarah HRW, Elaine Pearson.

Pemimpin kerajaan membenarkan saman terhadap musuh politik dan menyatakan ia adalah perlu untuk mempertahankan reputasi peribadi dan profesional mereka kerana mereka mampu untuk mentadbir dengan baik dan mendapat penghormatan daripada rakyat Singapura.

"Di Singapura, ahli politik pembangkang berhak mengkritik kerajaan dan pemimpinnya tetapi ia tidak bermakna mereka boleh berbohong dan memfitnah," kata jurucakap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kesenian, K. Bhavani.

- AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.