saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 19/10/2008

Pas Sabah buat laporan polis terhadap UPKO

KOTA KINABALU 18 Okt. - Pas Sabah membuat laporan polis terhadap kenyataan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok yang didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Laporan dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Hamzah Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pukul 10.10 pagi ini.

Menurut Hamzah, laporan itu dibuat berdasarkan ucapan Dompok semasa ucaptama Kongres Ke-12 parti itu pada 12 Oktober lalu.

"Saya merujuk kepada laporan akhbar Daily Express berbahasa Inggeris bertajuk 'No Law or person should prevent this right' yang mana Dompok selaku Presiden UPKO mengeluarkan satu kenyataan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, umumnya dan umat Islam di Sabah khususnya.

"Badan Perhubungan Pas Sabah melihat kenyataan ini sebagai melampau, tidak bertanggungjawab dan mengandungi unsur-unsur hasutan serta tidak sepatutnya diucapkan kerana melibatkan elemen yang paling dasar dalam agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan iaitu soal akidah umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di IPD Kota Kinabalu di sini hari ini.

Baru-baru ini dalam ucapannya Dompok berkata, tidak ada seorang pun yang sepatutnya dihalang daripada menganuti apa juga agama.

"Ia termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap rakyat Malaysia berhak memeluk agama Buddha, Islam, Kristian atau apa pun juga agama yang ia mahu.

"Meskipun demikian, ia juga termaktub dalam Perlembagaan, hak rakyat Malaysia untuk kembali ke agamanya yang asal sekiranya itulah kemahuan orang itu.

"Tidak ada undang-undang atau orang yang sepatutnya boleh memisahkan seseorang dengan tuhannya," kata Dompok yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.