saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 20/10/2008

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun berlangsung 3-7 Disember ini

KUALA TERENGGANU - Tanda tanya mengenai kedudukan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun terjawab apabila kerajaan negeri hari ini mengesahkan bahawa ia akan diadakan pada 3 hingga 7 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kejohanan tersebut akan diteruskan tahun ini membabitkan penyertaan pasukan yang sama seperti sebelum ini.

''Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akan tetap diteruskan seperti dijadualkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai kejohanan tersebut bersama penganjur, T-Best Events di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi T-Best Events, Datuk Wan Hisham Wan Salleh; Penasihat Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Husain Embong.

Status penganjuran kejohanan itu sebelum ini masih samar kerana tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk dari segi persediaan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun.

Mengikut perjanjian yang dicapai antara T-Best Events dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour (WMRT), Piala Monsun yang dianjurkan sejak 2005 di Pulau Duyong di sini sepatutnya diadakan sehingga 2012.

Kejohanan itu juga pernah menimbulkan kontroversi apabila Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan berhubung tuduhan berlaku penyelewengan dalam penganjuran kejohanan, namun ia didapati tidak berasas.

Kejohanan Piala Monsun merupakan acara pelayaran berprestij dalam Kejohanan Jelajah World Match Racing (WMRT) dan acara itu dijalankan secara profesional.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, bagi memastikan kejohanan itu memenuhi aspirasi rakyat tempatan, kerajaan negeri dengan kerjasama T-Best Events akan menganjurkan pertandingan sukan rakyat dan lumba perahu bersebelahan dengan lokasi kejohanan.

Menurutnya, ia adalah bentuk pengubahsuaian yang dilakukan bagi membabitkan rakyat tempatan yang selama ini hanya menjadi penonton kepada kejohanan bertaraf antarabangsa di tempat sendiri.

Mengenai peruntukan kejohanan itu jelasnya, ia adalah dari Kerajaan Persekutuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.