saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/10/2008

Sungai Kinta pulih daripada pencemaran 10 tahun lagi

20/10/2008 8:15pm

IPOH 20 Okt. — Sungai Kinta yang mengalir di bandar raya ini dijangka akan pulih sepenuhnya untuk membolehkan ia dijadikan tempat mandi oleh orang ramai, dalam tempoh kira-kira 10 tahun lagi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yakin kategori air sungai ini dapat ditingkatkan ke tahap 2B, kata Pengarah Bahagian Sungai JPS Malaysia, Datuk Ong Siew Heng.

“JPS yang memilih Sungai Kinta sebagai model dalam program Satu Negeri Satu Sungai telah mengenalpasti lapan punca utama yang menyebabkan sungai ini berada di tahap tiga...Sungai Kinta kini dikategorikan berada dalam tahap tiga dan berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS) kualiti air sungai berkenaan secara puratanya sesuai untuk minuman binatang ternakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Kinta, Perak di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan sungai di semenanjung Malaysia mengalami pencemaran dan berada pada tahap kelas ketiga tetapi banyak sungai di Sabah dan Sarawak yang masih bebas daripada masalah itu.

Ong berkata punca utama pencemaran sungai di negara ini ialah disebabkan aktiviti kemanusiaan seperti pembangunan perumahan dan bandar, pertanian, perindustrian dan aktiviti pembangunan tanah termasuk pembalakan dan perlombongan.

“Puncanya adalah pelepasan sisa industri, sisa kawasan perumahan, sisa pasar basah, sisa ladang babi, sisa ladang ayam, aktiviti pembangunan tanah dan hakisan tanah dari kawasan yang terdedah kepada hujan,” katanya.

Ong berkata dalam usaha memulihkan Sungai Kinta, JPS mengambil pelbagai langkah termasuk memasang perangkap sampah, pengurusan sisa di tapak pelupusan sampah, perangkap kelodak di tempat yang sesuai dan meningkatkan simpanan air serta mengenalpasti kesan-kesan pencemaran.

Beliau berkata mana-mana sungai jika tidak diurus dengan betul dan tiada kaedah pengawalan kemasukan bahan cemar ke sungai, lambat laun akan menjadikan sungai terbabit tergolong dalam kelas empat atau lima.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.