saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 21/10/2008

Pelajar IPT masuk kampung


MAHASISWA Kolej Tun Dr. Ismail, UTM Skudai menuju ke rumah ibu bapa angkat selepas majlis perasmian Program Rakan Muda IPT Wawasan Daerah Muar di Kampung Parit Kemang dekat Parit Yusof, Muar, baru-baru ini.


MUAR 20 Okt. - Tak kenal maka tak cinta - itulah pengalaman manis bagi mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyertai program khidmat siswa di mana-mana ceruk tempat di negara ini.

Tidak dinafikan, pada sesi awal menyertai program berkenaan yang dianjurkan universiti masing-masing, terbit rasa kekok dan persepsi yang kurang mesra.

Namun, setelah menyertai program itu, apabila dipertemukan dengan ibu bapa angkat masing-masing dan tinggal bersama selama beberapa hari maka mereka berjaya menyesuaikan diri dengan budaya penduduk setempat.

Malah, hasil daripada program khidmat siswa itu ialah ada di antara peserta yang masih berhubungan dengan keluarga angkat masing-masing, selepas menamatkan pengajian dan menuju alam pekerjaan.

Bertempat di Balai Serbaguna Kampung Parit Kemang, Parit Yusof dekat sini baru-baru ini, berlangsung majlis penyerahan anak angkat atau Program Rakan Muda IPT Wawasan Daerah Muar membabitkan seramai 46 mahasiswa dari Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai kepada penduduk kampung terbabit.

Sepanjang tiga hari dua malam, kesemua peserta yang masing-masing terdiri daripada 23 mahasiswa lelaki dan perempuan itu tinggal bersama keluarga angkat di kampung itu dan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk.

Majlis perasmian program Rakan Muda Wawasan Desa itu disempurnakan Penolong Pegawai Belia dan Sukan daerah Muar, Sidek Md. Said yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Turut hadir, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail UTM, Leftenan Dr. Sulaiman Kadikon serta seramai 20 keluarga yang terpilih menerima anak angkat masing-masing.

Sepanjang program itu, peserta mengikuti pelbagai program antaranya lawatan ke pusat industri kecil dan sederhana (IKS) penduduk kampung, majlis ramah mesra, gotong-royong, latihan dalam kumpulan serta sesi pengajaran kepada kanak-kanak kampung tersebut.

Menurut Pengarah program, Mohd. Khairul Azahan Mohd. Yaacob, Program Rakan Muda Wawasan Desa bukanlah kali pertama disertai oleh pelajar Kolej Tun Dr. Ismail universiti terbabit.

"Sebelum ini, iaitu pada tahun lalu, kami menyertai program yang sama dan diadakan di Temiang di sini dan sebelum ini, UTM juga pernah mengadakan aktiviti itu di Felda Pengerang, Kota Tinggi.

"Apa yang menarik ialah selepas selesai menyertai program kemasyarakatan seperti ini, terdapat sebilangan besar pelajar yang berasa seronok dan ingin menyertai program di tempat-tempat lain," katanya.

Untuk itu, beliau mewakili kesemua peserta yakin, khidmat siswa di kampung-kampung ini bertepatan dengan pepatah, tak kenal maka tak cinta, kerana selepas menyertainya, ada di antara pelajar yang jatuh hati dengan keramahan penduduk dan ingin menyertainya sekali lagi.

Sementara itu, Sidek dalam ucapan perasmiannya menyeru para mahasiswa yang merupakan generasi belia di negara ini supaya merebut peluang untuk memahami konsep budaya dan adat resam yang berlainan apabila menyertai program seperti ini.

Menurutnya, terdapat mahasiswa yang menetap luar dari Johor dan peluang mengikuti pengajian di UTM, seterusnya menyertai Rakan Muda Wawasan Desa dan mengenali adat resam, bahasa dialek serta budaya penduduk di sekitar kampung berkenaan.

"Sebagai generasi belia yang mewakili 40 peratus atau hampir 11 juta daripada bilangan penduduk di negara ini, mereka perlu membuktikan penyertaan dalam program seperti ini adalah landasan terbaik untuk mereka menjadi generasi pemimpin pada masa depan, selaras dengan pembangunan modal insan yang diterapkan oleh kerajaan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.