saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 21/10/2008

PM Thai dituntut letak jawatan


Penyokong Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) sambil membawa poster Somchai Wongsawat mengadakan tunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Thailand itu meletakkan jawatan.
- AP


BANGKOK 20 Okt. - Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berarak di ibu negara Thailand hari ini untuk menuntut Perdana Menteri, Somchai Wongsawat meletakkan jawatan kerana mengarahkan penggunaan kekerasan untuk meleraikan orang ramai yang mengadakan tunjuk perasaan dua minggu lalu.

Penunjuk perasaan yang menggelar Somchai sebagai "pembunuh" telah memperhebatkan kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu sejak protes di luar Parlimen pada 7 Oktober lepas berkesudahan dengan kematian seorang penunjuk perasaan dan ratusan lagi cedera.

Tekanan ke atas Somchai meningkat pada minggu lepas apabila ketua tentera, Anupong Paochinda menyarankan supaya beliau meletakkan jawatan, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentera mungkin melancarkan satu lagi rampasan kuasa dalam tempoh dua tahun.

Somchai telah menolak desakan sedemikian dengan berkata, beliau akan menunggu hasil siasatan mengenai keganasan itu, yang dijangka diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Ramai penunjuk perasaan hari ini membawa sepanduk yang menggambarkan Somchai sebagai "pembunuh."

Sepanduk besar di atas sebuah trak pembesar suara menggambarkan kekerasan polis ke atas penunjuk perasaan sebagai "Pembunuhan di Parlimen Thai."

"Kerajaan membunuh rakyat, mereka mengarahkan polis membunuh rakyat dan kami menuntut keadilan," kata seorang pelajar, Nutr Thumpatpong.

- AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.