saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/10/2008

Zaki Ketua Hakim

PUTRAJAYA 21 Okt. – Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, manakala Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff, 62, menggantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria, 58, sebagai Hakim Besar Malaya.

Beliau berkata, kesemua pelantikan yang berkuat kuasa 18 Oktober lalu itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan, sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2008,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia untuk hakim-hakim tersebut.

Zaki, yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 Disember 2007 iaitu dua bulan selepas menjawat jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.

Umur bersara Ketua Hakim Negara ialah 66 tahun.

Beliau yang merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara kedua, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed, memperoleh ijazah undang-undang dari Lincoln‘s Inn, London pada 1969 dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan Presiden Mahkamah Sesyen, Ipoh.

Dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah, beliau sebelum itu mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar; Anderson School, Ipoh; dan English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.

Setelah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada 1984 dengan jawatan terakhir sebagai Peguam Kanan Persekutuan, beliau menyertai Tetuan Shahrizat Rashid & Lee sebagai peguam bela.

Zaki dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada 4 Februari 2004 serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi membantu Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiasat kes-kes politik wang pada 1995.

Pada 7 Februari 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Dalam pada itu, Alauddin pula mendapat pendidikan undang-undang di Inner Temple London pada 1970 dan pernah menjadi peguam di United Kingdom sebelum berkhidmat sebagai Majistret di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 1 Februari 1971.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Presiden Mahkamah Sesyen Seremban, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Ogos 1992.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 April 2001 diikuti Hakim Mahkamah Persekutuan pada 17 Julai 2004.

Alauddin diumumkan sebagai Hakim Besar Malaya pada 29 Ogos 2007.

Sementara itu, Arifin yang berasal dari Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan mula berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang pada 1974 setelah menamatkan pengajian di Universiti Sheffield, United Kingdom.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994 dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002.

Arifin menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan mulai 17 Jun 2005.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.