saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/10/2008

Abu Hasan terajui Jerlun

JITRA 21 Okt. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun selepas menewaskan penyandang, Datuk Abdul Rahman Ariffin pada persidangan perwakilan bahagian itu semalam.

Abu Hasan yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian sejak dua penggal lalu menang dengan majoriti 131 undi setelah memperoleh 320 undi manakala Abdul Rahman 189 undi.

Persidangan perwakilan bahagian itu yang sebelum ini panas dengan isu surat layang sehingga mendorong Abu Hasan membuat laporan polis mengenainya dihadiri seramai 513 anggota dari 153 cawangan.

Abu Hasan yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh bagi penggal keempat pada pilihan raya umum lalu akan bergandingan dengan Datuk Othman Aziz yang memenangi jawatan nombor dua bahagian itu.

Othman, bekas ADUN Ayer Hitam yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Jerlun, dipilih sebagai Timbalan Ketua selepas menewaskan pencabarnya, Saaran Ahmad dengan majoriti 116 undi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.