saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 23/10/2008

Japara pilihan Mutiara Jati


PERABOT pelbagai jenis boleh didapati di Mutiara Jati, Bandar Baru Uda, Johor.


JOHOR BAHRU 22 Okt. – Kedai perabot jati, Mutiara Jati yang terletak di Bandar Baru Uda di sini memang cukup popular dan tidak asing lagi bagi penduduk di kawasan sekitar dan di negeri ini.

Dari jauh, kedai dua tingkat yang terletak di tepi jalan raya itu tersergam indah selain keunikan pelbagai barangan perabot jati yang dijual di situ.

Mutiara Jati dimiliki oleh dua orang anak muda iaitu Hairunazri Mohd. Aras, 36, dan Mohd. Husni Mohd. Rusad, 34, yang masing-masing berasal dari Pontian.

Perniagaan yang dimulakan Mac 2006 itu menawarkan pilihan perabot jati dan kraftangan bermutu tinggi yang diimport terus dari kilang di Japara, Indonesia dengan harga berpatutan.

Menurut Hairunazri, dia memilih perabot berasal dari Japara itu berbanding negara lain kerana ingin memenuhi permintaan pelanggan yang mementingkan kualiti tinggi.

Beliau berkata, keistimewaan perabot- perabot di Mutiara Jati apabila dihasilkan sendiri oleh pekerja-pekerja tempatan Japara yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi bagi menjamin ukiran yang kemas dan halus.

“Kami telah pergi sendiri ke Japara bagi memilih perabot-perabot yang dapat memenuhi pasaran dan cita rasa pelanggan. Ia juga bagi mengelakkan penggunaan orang tengah agar harga yang ditawarkan adalah yang terbaik.

“Kami percaya permintaan terhadap perabot jati semakin berkembang dan potensinya sebagai satu peluang keemasan melibatkan diri dalam industri ini bagi tempoh jangka panjang,” akuinya.

Menurut bapa kepada empat orang anak itu, walaupun masih dianggap baru dalam perniagaan perabot, namun setakat ini sambutan yang diberikan oleh pelanggan adalah menggalakkan apabila memiliki dua lagi cawangan di Mutiara Rini dan Bandar Pulai Jaya di sini.

“Kami merancang untuk menambah bilangan cawangan ke negeri-negeri lain pada tahun depan. Antara lokasi pilihan kami ialah Kuantan selain Perak dan Terengganu.

“Perancangan ini berdasarkan permintaan tinggi pelanggan di negeri-negeri tersebut yang sering menelefon dan menghantar e-mel bertanya tentang perabot Mutiara Jati,” katanya yang mengeluarkan modal bersama sebanyak RM100,000 untuk memulakan perniagaan tersebut ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Ditanya tentang rahsia kejayaan sebuah syarikat bumiputera yang mampu berkembang di kalangan syarikat bukan bumiputera, Hairunazri memberitahu, perkhidmatan selepas jualan menjadi keutamaan selain ikhlas dalam menjalankan perniagaan.

Jelas Hairunazri, lulusan kejuruteraan tekstil dari Philadelphia Universiti di Amerika Syarikat, Mutiara Jati mengamalkan konsep mendidik pelanggan untuk mengenali keaslian kayu jati walaupun mereka tidak membeli produk tersebut.

Katanya, pelanggan perlu mengetahui bahawa kayu jati mempunyai kategori gred A, B dan C bagi mengelakkan ditipu membeli perabot yang murah seperti dimakan anai-anai di kemudian hari.

“Dalam usaha menyediakan yang terbaik untuk pelanggan, Mutiara Jati memberi khidmat bayaran ansuran secara Islam kepada yang memerlukan. Penghantaran barang pula tidak terbatas di Johor Bahru sahaja, tetapi meliputi seluruh negeri Johor secara percuma.

“Bagi pelanggan luar Johor pula, kami turut menyediakan penghantaran percuma bagi setiap pembelian produk melebihi RM5,000,” katanya.

Hairunazri berkata, semua produk kayu jati yang dijual di Mutiara Jati mempunyai jaminan jangka panjang yang jarang ditawarkan oleh syarikat perabot lain mengikut kualiti kayu jati yang dibeli.

“Jaminan seumur hidup diberikan bagi kategori kayu jati Gred A. Keteguhan dan kualitinya terjamin dan jarang dapat ditandingi perabot kayu biasa yang lain untuk membolehkan semua produk di dalam kategori ini mendapat jaminan maksimum.

“Jaminan selama lima tahun diberikan kepada semua produk kayu jati yang lain. Tambahan satu tahun perkhidmatan pengilatan kayu percuma akan diberikan kepada pengguna setelah jaminan lima tahun tersebut tamat,” jelasnya.

Beliau berkata, tempahan produk boleh dibuat melalui tiga cara iaitu melalui laman web di www.mutiarajati.com, menghubungi pihak pengurusan Mutiara Jati di talian 012-7136130 atau email kepada nazri@mutiarajati.com.

Antara perabot jati yang terdapat di Mutiara Jati ialah set meja makan, almari, katil, set sofa, set kerusi, kerusi panjang, meja dan kabinet.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.