saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 24/10/2008

Minyak sekitar AS$60 setong, pasaran saham merosot

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Harga minyak mentah dunia terus diniaga di bawah paras AS$70 setong dengan komoditi itu berada di paras AS$64.92 (RM230.46) setong dalam dagangannya di pasaran Asia.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi New York semalam diniagakan di paras terendah sejak Jun tahun lalu apabila ditutup pada paras AS$66.20 (RM235.01) setong.

Menurut laporan agensi berita AFP, harga minyak yang lebih rendah disebabkan Iran, anggota utama Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mendesak pengurangan pengeluaran menjelang mesyuarat pertubuhan itu di Vienna.

OPEC akan bermesyuarat Jumaat ini di Vienna ketika sistem kewangan global sedang menghadapi krisis terburuk sejak 'Kemelesetan Terburuk' (Great Depression).

Beberapa negara anggota OPEC menggesa pemotongan pengeluaran antara sejuta dan 2.5 juta tong sehari bagi membantu memulihkan harga pasaran, tetapi Arab Saudi masih bertindak berdiam diri berhubung pendirian mereka.

Presiden OPEC, Chakib Khelil berkata, sebarang keputusan untuk mengurangkan pengeluaran perlu melihat kesan ketara kepada konsumer dan pengeluar yang terkena krisis kewangan.

''Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang penting.

''Ia berlaku pada pertengahan krisis kewangan di mana banyak negara terkena tempiasnya,'' katanya yang juga Menteri Tenaga Algeria.

Beliau berkata, OPEC tidak mahu anggotanya yang dihimpit krisis kewangan akan terus bermasalah dengan harga minyak mentah yang semakin rendah dan akan mengurangkan pendapatan mereka.

OPEC mewakili 40 peratus jumlah keseluruhan minyak dunia.

Sementara itu, pasaran saham Asia ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan berterusan pelabur terhadap keadaan ekonomi sejagat yang semakin buruk di sebalik usaha berterusan pelbagai pihak untuk mengurangkan krisis kewangan.

Pasaran tidak mempedulikan tanda-tanda krisis kredit akan pulih, sebaliknya menumpukan kepada risiko kemelesetan global yang akan mengurangkan keuntungan syarikat, sekali gus menyebabkan pemberhentian kerja dan berkurang belanja pengguna.

''Ekonomi dijangka akan menyusut pada beberapa suku akan datang dan keuntungan korporat akan mengecil. Fundamental ekonomi masih berada pada paras negatif,'' kata Tomoko Fujii, Ketua Ekonomi dan Strategis di Bank Amerika, Tokyo.

Pasaran saham Jepun ditutup rendah 2.46 peratus atau 213.71 mata kepada 8,460.98, Sydney jatuh 4.4 peratus atau 181.7 mata untuk ditutup pada 3,974.4.

Pasaran saham Seoul paling teruk apabila ditutup 7.4 peratus atau 84.88 mata lebih rendah kepada 1,049.71, manakala Hong Kong jatuh 3.6 peratus atau 506.11 mata kepada 13,760.49 dan Singapura mengalami kejatuhan apabila ditutup rendah 4.14 peratus atau 75.46 mata kepada 1,745.67.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.