saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 24/10/2008

Karpal Singh digantung dua hari

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main'.

Keputusan itu diambil oleh Pandikar Amin selepas berlaku pertikaman lidah antara Pengerusi DAP itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.

Karpal membangkitkan peraturan mesyuarat Perkara 36(4) kerana menurutnya, Mohamed Nazri telah mengeluarkan bahasa yang kurang sopan dan biadap melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) lalu meminta menteri itu menarik semula perkataan tersebut.

Pandikar Amin bagaimanapun menolak untuk mengenakan tindakan terhadap Mohamed Nazri di bawah peraturan mesyuarat berkenaan sebaliknya merayu semua ahli Parlimen mengelak daripada berhujah perkara yang melanggar tatatertib Dewan atau membangkit peraturan yang boleh menguntungkan satu pihak sahaja.

''Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi saya tidak nampak Menteri mengutuk orang buta... Jadi cukup, cukuplah Bukit Gelugor," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Karpal bagaimanapun terus mempertikaikan kewibawaan Pandikar Amin dengan mengaitkan namanya sebagai pemimpin yang jujur dalam membuat keputusan serta menuduh Speaker tidak serius dalam perkara itu.

''Sekarang, untuk tunjukkan saya serius dan tidak main-main, saya gunakan Perkara 44(3) untuk menggantung Bukit Gelugor selama dua hari daripada menghadiri Dewan kerana menggunakan perkataan kurang ajar," tegasnya.

Karpal kelihatan berkeras tidak mahu keluar ketika Bentara cuba membawanya keluar sambil berkata: ''Saya tidak mahu keluar.. anda boleh buat apa-apa sahaja yang suka.. jangan main-main."

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya bangun untuk meminta Speaker menimbangkan semula keputusan tersebut dan meminta perkara itu dibincangkan dengan memberi jaminan ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Pandikar Amin tetap dengan keputusannya apabila mendapati tiada kata sepakat di kalangan ahli-ahli Parlimen dalam memberi jaminan untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dalam persidangan akan datang.

Karpal akhirnya dibawa keluar oleh Bentara pada kira-kira pukul 11.35 pagi.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya, Pandikar Amin berkata, beliau amat kecewa dengan sikap Karpal memandangkan beliau sudah lama berpengalaman sebagai Ahli Parlimen dan kebetulan pula seorang peguam terkemuka.

''Kalau ada kelemahan, saya tidak kisah ditegur atau dinasihati malah saya pernah meminta pendapat beliau dan Ipoh Timur sebelum ini," katanya.

Sambil menyatakan kesabarannya ada had, Pandikar Amin berkata, beliau tidak akan membenarkan lagi tingkah laku dan perkataan yang kurang sesuai dituturkan pada sidang Dewan Rakyat selepas ini.

''Kita tengoklah nanti macam mana," katanya ketika ditanya sama ada beliau pilih kasih dan membezakan Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang dalam mengambil tindakan kerana berkelakuan atau menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.