saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/10/2008

Pas bantah teruskan kejohanan Piala Monsun

KUALA TERENGGANU 23 Okt. – Pas Terengganu membantah langkah kerajaan negeri meneruskan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akhir tahun ini, meskipun bantahan meluas disuarakan rakyat.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali berkata, penerusan semula kejohanan tersebut tentunya menimbulkan tanda tanya kerana kejohanan itu sememangnya suatu acara membazir.

Katanya, walaupun ia dikatakan tidak menggunakan wang kerajaan negeri namun impak secara keseluruhan kejohanan terhadap rakyat dipersoalkan.

‘‘Pas hairan kenapa ia diteruskan sedangkan banyak pihak sering mempersoalkannya,” katanya semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas negeri di pekarangan Pejabat Pas Negeri, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan kejohanan itu sebagaimana dijadualkan pada 3 hingga 7 Disember ini.

Ahmad dalam kenyataannya sebelum ini berkata, kejohanan tersebut akan diteruskan tahun ini membabitkan penyertaan pasukan yang sama seperti sebelum ini.

Status penganjuran kejohanan itu sebelum ini masih samar kerana tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk dari segi persediaan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.