saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 25/10/2008

USM tangguh pemilihan MPP ke tarikh lain

PULAU PINANG 24 Okt. - Universiti Sains Malaysia (USM) menangguhkan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009 yang dijadualkan bulan ini ditangguhkan ke satu tarikh baru yang akan ditentukan kelak.

Naib Canselor UTM, Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak berkata, tindakan tersebut diambil berikutan universiti tersebut kini sedang menjalani proses perubahan status kepada universiti Apex yang pertama di negara ini.

''Kami terpaksa menangguhkannya kerana sekarang ini sedang sibuk meneliti pelbagai aspek berkaitan perundangan dan perlembagaan universiti selaras dengan status baru ini.

''Walau bagaimanapun, ahli-ahli jawatankuasa MPP USM yang ada sekarang ini tetap meneruskan tugas-tugas mereka seperti biasa sehingga selesai urusan-urusan berkaitan," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dan Universitas Haluoleo (Unhalu) di Bangunan Canselori USM di sini hari ini.

Sementara itu, Dzulkifli turut mengumumkan USM bakal memperkenalkan Siri Syarahan Kedutaan USM yang akan diadakan dua bulan sekali bermula 30 Oktober ini.

Katanya, siri tersebut akan dipengerusikan oleh bekas Wakil Tetap Malaysia Ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Hasmy Agam.

''Ia dianjurkan bagi mengajak bekas-bekas duta Malaysia dan mereka yang pernah berada dalam perkhidmatan diplomatik antarabangsa untuk berkongsi pengalaman kepada orang ramai.

''Kami juga ingin memulakan tradisi baru bagi duta-duta asing negara asing yang meninggalkan negara ini untuk mengadakan ucapan perpisahan mereka di kampus USM, sekali gus berkongsi nilai-nilai antarabangsa kepada warga kampus," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.