saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 25/10/2008

Tak lapuk dek zaman


Pasukan Johor yang bergelar juara Piala Emas Raja-Raja tahun lalu, mahu memburu Piala Agong pula, malam ini.


USIA pertandingan Piala Emas Raja-Raja hampir sebaya Piala Malaysia yang menjadi kemuncak perjuangan pemain bola sepak di negara ini walaupun glamor dan kemeriahannya kini semakin luntur dan kadangkala terabai jauh daripada pandangan peminat.

Di mata mereka, Piala Emas Raja-raja masih cuma terhad di kalangan pemain berbangsa Melayu sedangkan penganjur membuat pelbagai perubahan dalam menyesuaikannya dengan keadaan semasa dan menambah kehangatan persaingannya.

Namun usaha Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) yang tidak mahu melihatnya lekang dek masa dan luput ditelan zaman, berhak dipuji malah lebih membanggakan ialah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut tampil memberikan sokongan padu.

Buktinya, FAM pada 16 September lalu sanggup memberikan kebenaran untuk lima pemain Liga Malaysia (Liga Super, Liga Perdana, Liga FAM dan Piala Presiden) beraksi dalam Piala Emas Raja-Raja yang kali ini melibatkan 15 pasukan dari seluruh Semenanjung di samping mengundang Singapura, Angkatan Tentera dan Polis.

Ia sekali gus mengikis prasangka banyak pihak luar atau FAM sendiri bahawa Piala Emas Raja-Raja akan menyaingi dan menenggelamkan Liga M malah mengganggu persediaan pasukan dalam pertandingan lebih berprestij dan glamor itu menjelang musim barunya pada Januari ini.

Pertandingan awalnya pada 1922 dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan bersempena lawatan Putera Wales ke Semenanjung dan disertai 10 negeri dengan Kedah muncul juara dan menjulang sebuah piala perak kurniaan Sultan Perak, Selangor dan Pahang serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Setelah Selangor memilikinya tiga tahun berturut-turut mulai 1923 dan berhak menyimpannya, sebuah piala baru diperkenalkan sebagai ganti atas kurniaan empat sultan itu dan mulai 1926, ia dianjurkan oleh Persatuan Pertanian dan Hortikultur Malaysia (MAHA).

Pada 1939, penganjurannya yang walaupun tergendala beberapa tahun kerana Perang Dunia Kedua, diambil alih oleh Persekutuan Sepakbola Melayu Semenanjung PSMS (kini PBSMM) dan tradisinya kali ini diteruskan pada 31 Oktober hingga 14 Disember depan.

Pemangku Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hanya tiga daripada lima pemain Liga M yang dibenarkan berada di padang pada sesuatu masa demi membuka peluang kepada persaingan yang lebih hebat, setara dan memikat penonton.

Kesemua pasukan dibahagikan kepada Kumpulan A Zon Timur di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Angkatan Tentera) manakala B - Tengah membariskan Kuala Lumpur, Selangor dan Polis di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

“Kumpulan C Zon Selatan di Stadium Mini Tampin - Negeri Sembilan, Singapura, Johor dan Melaka sementara D - Utara di Stadium Mini Jitra dan Stadium Mini UUM Sintok menampilkan Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Juara dan naib juara kumpulan akan ke suku akhir dengan pemilik trofinya turut mengaut RM30,000 manakala naib juara, RM15,000. Juara bertahan, Johor akan membuka tirai persaingan dengan menentang Pahang untuk merebut Piala Agong di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada pukul 8.45 malam ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.