saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 27/10/2008

Mengenali adat perkahwinan Melayu serumpun


Pencak silat dipersembahkan di hadapan mempelai semasa persandingan.


ORANG Melayu terkenal dengan sejarah, asal usul, adat dan budaya yang unik. Kehidupan masyarakat Melayu sentiasa diwarnai dengan adat istiadat yang diwarisi daripada nenek moyang sejak dahulu lagi.

Adat perkahwinan merupakan salah satu adat yang amat penting dan diberi penekanan dalam masyarakat Melayu yang meliputi beberapa fasa termasuk istiadat merisik, meminang, bertunang, bersanding, menyembah atau menyalang dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, disebabkan masing-masing kelompok Melayu itu dipengaruhi oleh budaya persekitaran mereka, budaya asal orang Melayu yang pada mulanya sama, kini sudah berbeza. Bukan sahaja adat perkahwinan Melayu didapati berbeza-beza malah pakaian dan upacara majlis perkahwinan juga berlainan.

Ini kerana masyarakat Melayu bertebaran tinggal di merata tempat di seluruh pelosok dunia iaitu masyarakat Melayu yang tinggal di tanah asal orang Melayu seperti di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Bahkan mereka turut tinggal di kawasan penyebarannya di Sri Lanka, Madagaskar, Afrika Selatan, selatan Thai, Filipina Selatan, Vietnam, Kemboja hingga ke gugusan pulau di Lautan Pasifik. Mereka inilah yang turut membentuk apa yang dikenali sebagai masyarakat rumpun Melayu pada hari ini.

Justeru, adalah amat penting tradisi adat perkahwinan Melayu dari pelbagai tempat ini dapat dikumpulkan dan dipaparkan melalui satu pameran supaya adat istiadat yang makin terhakis itu dapat dihidupkan kembali dan dihayati oleh masyarakat keseluruhannya.

Usaha ini akan menyedarkan kembali masyarakat Melayu di serata pelosok dunia akan pentingnya adat istiadat Melayu tradisi dipelihara dan dibanggakan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Raslin Abu Bakar semasa majlis perasmian Pameran Adat Perkahwinan Melayu Serumpun di Perpustakaan Negara Malaysia di sini baru-baru ini.

Pameran yang turut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Indonesia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya ini bermula 22 September lalu hingga 31 Oktober ini.

Menurut Raslin lagi, pameran ini bertujuan memperkenalkan kebudayaan Melayu kepada masyarakat antarabangsa.

"Malaysia yang merupakan salah satu negara asal orang Melayu perlu memastikan adat istiadat Melayu terpelihara dan tidak luput ditelan zaman dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengetengahkan kebudayaan Melayu kepada masyarakat antarabangsa.

"Ia juga diharapkan dapat menghidupkan kembali tradisi asal Melayu di kalangan masyarakat Melayu di luar daerah asal Melayu dan mendekatkan hubungan persaudaraan antara orang Melayu di daerah asal dengan orang Melayu di luar daerah asal,'' tambahnya.

Beliau berkata, sebagai pusat maklumat bagi bahan Malaysiana, Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab mengumpul segala maklumat mengenai kebudayaan Melayu yang merupakan akar budaya rakyat Malaysia.

Pameran yang julung kali diadakan ini menumpukan kepada adat perkahwinan sembilan rumpun Melayu, iaitu masyarakat Melayu Malaysia, Melayu Singapura, Melayu Sri Lanka, Melayu Mindanao, Melayu Saba, Melayu Campa, Melayu Indonesia, Melayu Kokos dan Melayu Thailand.

"Skop dan kaedah persembahan pameran ditumpukan kepada infoteks berkaitan proses serta adat yang dipraktikkan dari awal sehingga penghujung perkahwinan yang dipaparkan melalui gambar, busana, hiasan pengantin, aksesori, juadah atau sajian dan keunikan persembahan dalam majlis perkahwinan,'' jelas Raslin.

Beliau memberitahu, pameran ini akan dirasmikan hujung bulan Oktober ini oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Dr. Muzahet Masruri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.