saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 28/10/2008

Wujudkan platform khas calon UMNO

KUALA LUMPUR 27 Okt. – UMNO perlu mewujudkan satu platform khas bagi membolehkan calon-calon yang bertanding mengemukakan visi dan misi mereka kepada ahli-ahli parti sebelum pemilihan berlangsung pada Mac depan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia bagi memberi keadilan kepada semua calon yang bertanding sekali gus memastikan tidak ada antara mereka yang ‘dikuburkan’ kerana politik wang.

Beliau berkata, kaedah bagaimana calon terbabit dapat menyuarakan visi dan misi mereka boleh difikirkan oleh MT parti.

“Jika tidak, bagaimana kita tahu seseorang itu berpotensi memimpin negara dan parti kalau hanya dilihat daripada senyuman atau gelek badannya sahaja.

“Seperti demokrasi progresif di negara barat, seseorang itu diberi platform atau peluang dalam majlis untuk menerangkan pendirian dan perjuangannya, jika tidak kita tidak tahu apa yang mereka boleh sumbang, mungkin mereka hanya boleh sumbang wang tetapi bukan kepimpinan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MIC sempena sambutan Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat kes politik wang dalam UMNO perlu diperluaskan.

Beliau berkata, ini kerana Lembaga Disiplin parti tidak mempunyai kemudahan mencukupi untuk mengendalikan kes-kes sedemikian khususnya di peringkat akar umbi.

“Saya sedar pandangan ini mungkin tidak diterima pakai oleh banyak pihak khususnya mereka yang cenderung kepada budaya ugutan dan politik wang.

“Namun UMNO harus melangkah setapak lagi supaya lebih matang, jika tidak, saya berani meramalkan parti ini akan menuju ke arah kehancuran,” tegasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:01
Zohor 1:22
Asar 4:26
Maghrib 7:26
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.