saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 28/10/2008

Debat bukan mahu bercakaran - Khairy

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan debat terbuka bagi calon yang mahu merebut jawatan tersebut bukan bermaksud untuk bercakaran tetapi bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana menyahut cadangannya itu berjanji debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib.

"Debat akan dijalankan secara gentleman, saya cuma minta diberitahu tempat, masa dan tarikh, saya akan datang," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Mohamad Khir untuk berdebat bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing sebagaimana dicadangkan Khairy kelmarin.

Khairy berkata, pelawaan tersebut bukan bertujuan untuk menyerang peribadi mana-mana pihak atau bercakaran sesama sendiri.

Beliau juga menegaskan, perpaduan parti tidak akan runtuh jika debat dijalankan secara terbuka malah ia boleh merapatkan rakyat dengan bakal pemimpin UMNO.

Katany, ini kerana visi, idea, kebolehan dan wawasan calon boleh dinilai melalui debat itu serta memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian yang sewajarnya.

Malah, katanya, perdebatan itu adalah sejajar dengan perjuangan politiknya iaitu UMNO tidak boleh bersifat eksklusif dan terpisah daripada rakyat.

Mengenai keengganan seorang lagi calon Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhirz Tun Mahathir untuk berdebat secara terbuka, Khairy berkata, beliau tidak boleh memaksa mana-mana calon yang tidak berminat.

"Tidak payah saya mengulas untuk yang tidak berminat dengan cadangan saya," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya bahawa jumlah pencalonan yang banyak tidak bermakna seseorang calon itu pasti menang pada pemilihan Mac depan, Khairy berkata, tempoh selepas mesyuarat adalah penentu kepada kemenangan.

"Pencalonan tidak menggambarkan undi akhirnya tetapi pada masa yang sama kita harus ingat bahawa setiap calon perlu mendekati perwakilan dan berjumpa dengan mereka, jangan ambil mudah apa sahaja yang berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau akan berusaha menemui perwakilan untuk menerangkan manifesto dan wawasan perjuangannya selepas mesyuarat peringkat pemuda bahagian berakhir.

Beliau yakin memiliki peluang yang baik untuk memenangi jawatan tersebut walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan.

"Oklah, peluang okay, bolehlah, kita tengok apa yang berlaku kerana tempoh berkempen adalah panjang lagi saya menunggu untuk berkempen," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.