saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/10/2008

Mokhtar menang cubaan ke empat di Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Percubaan kali keempat bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak ternyata tidak sia-sia bagi Datuk Mokhtar Samad, 62, apabila menewaskan Datuk Amir Salleh pada persidangan perwakilan bahagian itu baru-baru ini.

Beliau yang tewas kepada Amir dalam tiga pemilihan sebelum ini, menang kali ini dengan kelebihan 27 undi.

Timbalan Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) itu yang merupakan ahli jawatankuasa UMNO Cawangan Pekan Sungai Besi, memperoleh 184 undi manakala Amir 157 undi.

Ketika dihubungi hari ini, beliau menyifatkan kemenangan itu membuktikan penduduk Bandar Tun Razak mahu perubahan besar.

Beliau berkata, kekalahan tiga kali di tangan Amir sebelum ini tidak pernah mematahkan semangatnya untuk berjuang dalam UMNO malah sentiasa menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.

Ekoran kemenangan itu, kata Mokhtar, beliau akan turun padang berjumpa dengan akar umbi bagi merapatkan lagi hubungan dengan seluruh cawangan UMNO Bandar Tun Razak.

''Saya akan memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Parlimen Bandar Tun Razak daripada tangan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

UMNO Bahagian Bandar Tun Razak adalah antara tujuh daripada 13 bahagian di Wilayah Persekutuan yang menyaksikan jawatan ketua ditandingi.

Setakat ini, tiga bahagian selesai mengadakan persidangan dan dua daripadanya menyaksikan perubahan baru kepimpinan di peringkat ketua.

Selain Bandar Tun Razak, UMNO Bahagian Seputeh juga turut menyaksikan perubahan kepimpinan apabila Ketua Cawangan Happy Utara, Mustafa Kamal Mohd. Yusof menewaskan penyandang jawatan, Datuk Hisham Abdul Majid.

Mustafa Kamal menang dengan 15 undi apabila memperoleh 98 undi manakala Hisham pula memperoleh 83 undi.

Hanya UMNO Bahagian Segambut menyaksikan penyandang, Senator Datuk Kamaruddin Ambok mengekalkan jawatan sebagai ketua buat penggal ketiga.

Beliau memperoleh 120 undi menewaskan Bendahari bahagian itu, Abdul Hadi Mat Zam yang mendapat 97 undi.

Empat lagi persidangan perwakilan bahagian yang menyaksikan jawatan ketua ditandingi ialah di Wangsa Maju dan Lembah Pantai 8 November manakala Batu 1 November diikuti Labuan 2 November ini.

Di Wangsa Maju, perebutan jawatan ketua UMNO bahagian adalah di antara Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shafie Abdullah menentang pemangku jawatan, Datuk Zainal Nazeri.

Di Bahagian Batu, pertandingan satu lawan satu berlaku antara penyandang jawatan itu, Datuk Yusof Abdul Majid yang akan ditentang oleh Yahya Mat Ghani.

Saingan tiga penjuru berlaku di Lembah Pantai apabila pemangku jawatan itu, Yusri Ahmad akan disaingi dua lagi calon iaitu bekas Ketua Bahagian berkenaan, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin dan Ahmad Zahran Ibrahim.

Sebelum ini, enam daripada 13 ketua bahagian UMNO Wilayah Persekutuan menepati ramalan menang tanpa bertanding.

Mereka yang kekal ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique (UMNO Bahagian Setiawangsa); Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), Datuk Azim Mohd. Zabidi (Bukit Bintang).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Ridzuan Abdul Hamid mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Syed Ali Al Habshee mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Cheras dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Drs. Sulaiman Mohamad pula di Titiwangsa.

habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.