saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 28/10/2008

Syarikat gagal tawar WiMax hadapi kemungkinan ditarik balik lesen

28/10/2008 6:05pm

KUALA LUMPUR 28 Okt. — Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengenakan tindakan menarik balik lesen Wimax kepada syarikat yang gagal menawarkan perkhidmatan tersebut dalam tempoh percubaan selama enam bulan, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Bagaimana pun, kerajaan sebelum itu akan meneliti masalah sebenar yang dihadapi oleh syarikat tersebut, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran dan Persidangan “My Broadband” 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

WiMAX, singkatan bagi Gelombang Mikro Yang Boleh Saling Dikendali ke Seluruh Dunia, merupakan satu teknologi telekomunikasi yang menyediakan transmisi wayarles data menggunakan pelbagai mod transmisi yang menghubungkan hujung ke hujung, sehingga kepada akses jenis mudah alih selular.

Ketika ini, kata Shaziman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menganalisis kemajuan empat syarikat terbabit. “Secara umum, tiga syarikat telah melaksanakan tanggung jawab dengan baik.

Satu agak kebelakang sidikit,” katanya.

Empat syarikat telah diberikan lesen Wimax pada Mac tahun lalu, di mana mereka dikehendaki melancarkan perkhidmatan tersebut selepas tarikh pemberian lesen yang berakhir pada Ogos lepas.

Empat syarikat iaitu Bizsurf (M) Sdn Bhd, Packet One Networks Sdn Bhd (yang dahulunya dikenali sebagai MIB Comm Sdn Bhd), Asiaspace Dotcom Sdn Bhd dan Redtone-CNX Broadband Sdn Bhd telah berjaya merebut lesen spektrum akses tanpa wayar jalur lebar 2.3GHz.

Bizsurf adalah sebuah anak syarikat YTL e-Solutions manakala Packet One merupakan milik Green Packet.

Semua lesen tersebut, kecuali yang diberikan kepada Redtone-CNX, meliputi kawasan di Semenanjung Malaysia. Redtone-CNX telah diberikan lesen bagi Sabah dan Sarawak.

“Jika syarikat berkenaan gagal memberikan sebab yang baik mengenai sebab tidak dapat memberikan pelan perniagaan seperti yang dicadangkan, kami ingin mengambil balik lesen berkenaan dan memberikannya kepada pihak yang benar-benar berminat dan serius dalam industri itu.” Sekiranya kerajaan tidak menarik balik lesen tersebut, katanya antara tindakan yang boleh diambil adalah termasuk mengurangkan jaminan bank syarikat tersebut seperti yang dinyatakan di dalam cadangan perniagaan ketika mereka memohon lesen tersebut.

“Kita tetap akan mengambil tindakan.” Sungguh pun begitu, Shaziman tidak menetapkan tempoh masa bagi meneliti kelemahan syarikat itu, sebelum menarik balik lesen tersebut.

Sebelum ini, SKMM berkata kesemua pemegang lesen dijangka melancarkan perkhidmatan itu kepada 25 peratus daripada penduduk di kawasan yang peruntukkan kepada mereka menjelang akhir 2007, dengan peruntukan perkhidmatan sekurang-kurangnya 1MBps pada kadar termampu.

Pada akhir tahun ke-tiga, adalah dijangka syarikat berkenaan akan berupaya untuk melancarkan perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka, kata suruhanjaya itu.

Setiap syarikat itu dijangka melabur antara RM250 juta dan RM300 juga bagi tempoh tiga tahun pertama pelaksanaan WiMax itu.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.