saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 29/10/2008

Irene mohon ketepikan sabit kesalahan

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pengarah Tenaganita Sdn. Bhd., Irene Fernandez meminta mahkamah mengetepikan sabit kesalahan dan hukuman penjara terhadapnya atas alasan rekod rayuan tidak boleh difahami.

Peguamnya, M. Puravelan memberitahu mahkamah bahawa sebahagian daripada nota keterangan yang ditulis oleh hakim perbicaraan, tidak jelas.

Berikutan permohonan itu, Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali menetapkan lima hari bermula 24 November bagi peguam yang mewakili Fernandez dan pihak pendakwa mengemukakan hujah berhubung isu itu.

Hakim berkenaan menangguhkan pendengaran rayuan itu yang ditetapkan selama tiga hari bermula hari ini, setelah meluluskan permohonan penangguhan oleh Puravelan, yang meminta mahkamah membenarkan rayuan Fernandez bagi mengetepikan pensabitan kesalahan dan hukuman terhadapnya atas alasan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman tidak membantah penangguhan itu.

Fernandez, 62, dihukum 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu pada 1995 mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Fernandez dikatakan mendedahkan kepada umum keadaan buruk yang wujud di pusat-pusat tahanan Imigresen dalam satu memorandum bertajuk Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres' (Penyalahgunaan, Penderaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Asing di Pusat-pusat Tahanan).

Pendengaran rayuannya ditangguhkan beberapa kali berikutan rekod rayuan yang tidak lengkap di mana dilaporkan bahawa beberapa keterangan oleh tiga saksi penting pendakwa dan satu dokumen berhubung kes itu, telah hilang.

Rekod rayuan itu akhirnya disusun semula, tetapi nota keterangan tertentu tidak jelas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.