saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 29/10/2008

Helmi dikecualikan ke Myanmar

SUBANG JAYA - Jurulatih negara, B. Sathianathan mengecualikan penjaga gol utama, Helmi Eliza Elias yang akan mendirikan rumah tangga daripada skuad 22 pemain ke Piala Cabaran Grand Royal di Yangon, Myanmar dari 6 hingga 15 November ini.

Tempat penjaga gol Kedah yang bakal bernikah dengan gadis pilihannya pada 14 November ini, diambil alih oleh pilihan ketiga dari PKNS, Badrulzaman Halim manakala satu lagi slot masih menanti untuk diisi oleh sayap yang berpangkalan di Perancis, Titus James Palani.

Helmi kekal tanpa dibolosi sepanjang menentang Nepal, Sierra Leone dan Myanmar serta Vietnam dalam Pestabola malah skuad negara hanya tewas 6-5 menerusi sepakan penalti penentuan perlawanan akhir setelah terikat 0-0 termasuk masa tambahan.

Seorang lagi penjaga gol Malaysia, Syed Adney Syed Hussein kelahiran Liverpool yang hanya diturunkan ketika menentang Afghanistan dalam Pestabola, dijangka beraksi sebagai pemain utama di Myanmar berdasarkan pengalamannya di peringkat antarabangsa.

"Selain mereka, saya senaraikan semula 19 pemain skuad Pestabola Merdeka termasuk penyerang, Farderin Kadir (yang tidak berpeluang walaupun di bangku simpanan dalam perlawanan peringkat Kumpulan A termasuk ketika Malaysia membelasah Afghanistan 6-0)," katanya.

Sathianathan yang ditemui pada majlis sambutan Deepavali di kediamannya, kelmarin, berkata, beliau tidak bimbangkan kemungkinan ramai tonggak negara ditimpa kecederaan di Myanmar sehingga tidak dapat beraksi dalam misi kemuncak - Piala Suzuki AFF, Disember ini.

Turut mengunjunginya ialah Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad dan penolongnya, Saifuddin Abu Bakar selain beberapa pemain negara seperti Norhafiz Zamani Misbah, Shukor Adan, Safee Sali, Hardi Jaafar serta jurulatih, Lim Chuan Chin dan P. Mohana Sundram.

Risiko itu katanya, pasti ada di mana-mana malah skuad negara bersedia memanggil lapan pemain yang digugurkan daripada Pestabola sebagai pengganti jika keadaan mendesak antaranya Nor Farhan Muhammad, Bunyamin Umar, Farizal Marlias, Fauzie Nan, Zairo Anuar Zalani, Chun Keng Hong, Juzaili Samion dan Shafizan Hashim.

"Saya lebih suka pasukan negara bermain dalam pertandingan seperti Piala Cabaran Grand Royal ini kerana ia akan meningkatkan tahap kemampuan mereka untuk mengerah yang terbaik berbanding jika hanya terlibat dengan perlawanan persahabatan," ujarnya.

Kejohanan jemputan antarabangsa di Myanmar itu menempatkan anak didik Sathianathan dalam Kumpulan A dengan kelab Hyundai Korea Selatan dan Vietnam yang mungkin mengadunkan barisan juara Pestabola, Sabtu lalu dengan skuad senior mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.