saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 30/10/2008

389 pelatih IKM Johor Bahru terima diploma, sijil

JOHOR BAHRU 29 Okt. - Seramai 389 pelatih Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru menerima diploma dan sijil masing-masing sempena Konvokesyen Ke-33 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 38 pelatih merupakan penerima diploma yang pertama dari institut tersebut iaitu Diploma Teknologi Mekanikal (Penyejukan & Penyamanan Udara) dan Diploma Teknologi Mekanikal (Gas).

Majlis konvokesyen berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Hanisah Omar.

Hanisah dalam ucapannya berharap lepasan IKM dapat melonjakkan nama institut tersebut dengan membuktikan bahawa mereka adalah pekerja mahir dan berdisiplin.

"Semua institusi memang bertujuan untuk melahirkan pekerja mahir, tetapi saya mahu pelatih IKM menjadi pekerja berkualiti dan berdisiplin agar kita dapat pengiktirafan yang sama seperti institusi lain," katanya.

Katanya, dengan ilmu yang dituntut, lepasan IKM perlu berani membentuk kerjaya hingga berjaya sebagai tanda terima kasih kepada Mara yang banyak membantu.

Salah seorang penerima Anugerah Tokoh dan Pelajar Terbaik, Mohd. Hishammuddin Abdul Razak, 22, dari Ampang, Selangor berharap kejayaan yang diperoleh mampu menjadi pendorong kepada adik-adiknya.

Anak sulung daripada empat beradik yang menerima Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) itu kini melanjutkan pengajiannya di Malaysian France Institute (MFI) di Bangi, Selangor

"Saya percaya bidang ini memberi peluang pekerjaan yang besar," katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.64.

Dua lagi pelatih yang menerima anugerah berkenaan ialah Razi Husin Ramlee, 22, yang mengikuti kursus Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) dan Izdihar Zahirah Ibrahim, 22, yang mengikuti program Diploma Teknologi Mekanikal (Penyejukan dan Penyaman Udara).

Seorang lagi pelatih, Amir Husaini Misran, 22, penerima Diploma Teknologi Mekanikal (Penyejukan & Penyamanan Udara) berkata, kursus tersebut menjadi pilihannya kerana ia menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.

"Saya melihat tidak ramai orang kita yang bekerja dalam bidang ini sedangkan ia satu kerjaya yang bagus," katanya yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan.

Anak keempat daripada lima beradik yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta itu bercadang untuk melanjutkan pengajiannya di MFI.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.