saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 31/10/2008

Ekuiti 30% bukti Melayu bertolak ansur

SHAH ALAM 30 Okt. - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kuota pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat awam menunjukkan selama ini orang Melayu dan bumiputera lebih banyak bertolak ansur dengan bangsa lain walaupun mereka merupakan 70 peratus penduduk di negara ini.

"Soalnya ialah apakah jumlah yang wajar sebenarnya orang Melayu terlibat di dalam kegiatan ekonomi, pelajaran dan sebagainya.

"Ataupun orang Melayu tak perlu langsung terlibat dalam kegiatan dan mendapat nikmat ekonomi ataupun biarkan orang Melayu terus kekal 20 peratus, tak boleh lebih ataupun patut orang Melayu 60-70 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Universiti Antarabangsa Al-Madinah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai menggesa penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam kerana mendakwa ia menjadi halangan dalam mewujudkan kerjasama jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Beliau berkata, pemimpin dahulu menetapkan kuota 30 peratus mungkin melihat kepada kemampuan kaum bumiputera pada masa itu.

"(Kuota 30 peratus) adalah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu dan jangan kita hendak ubah kerana semata-mata memenuhi keadaan semasa yang tak logik, tak rasional, tak munasabah dan akhirnya tidak boleh diterima oleh orang Melayu," katanya.

Mengenai pendapat bahawa dasar kuota 30 peratus itu tidak perlu diteruskan kerana sehingga kini ia masih belum tercapai, Mohamed Khaled berkata, UMNO tidak boleh putus asa dalam berusaha memastikan kuota itu dicapai.

"Kalau kuota 30 peratus itu belum tercapai itu tidak bermaksud kita tinggalkan... kalau pihak lain berputus asa tak mahu meneruskan usaha ini, UMNO akan teruskan juga, kita tak putus asa," katanya.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu, golongan bumiputera yang terpelajar dan berilmu perlu digalakkan menceburi bidang perniagaan kerana langkah itu akan meningkatkan pegangan ekuiti mereka di dalam syarikat-syarikat di Malaysia.

Universiti Antarabangsa Al-Madinah merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang didaftarkan di Malaysia pada tahun lepas.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.