saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/11/2008

Exco Selangor cadang henti guna Proton

SHAH ALAM 31 Okt. - Exco Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew mencadangkan agar kerajaan negeri menukar kenderaan rasmi yang digunakan sekarang iaitu Proton Perdana V6 dengan kereta lain.

Cadangan itu dibuat ekoran rasa kecewanya terhadap pengurusan pusat servis Proton di Glenmarie di sini yang didakwa bersikap sambil lewa dan enggan melayan aduan berhubung kerosakan kereta rasminya.

Pada Jumaat lalu dakwa beliau, pemandunya, M. Moneygaran telah membawa kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan, bagaimanapun pihak pengurusan Proton enggan membaikinya atas alasan pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak membayar wang penyelenggaraan.

Ekoran itu katanya, beliau bersama-sama pemandunya hampir terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 8.30 malam tadi apabila hud hadapan kereta itu terbuka secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan cermin hadapan pecah.

"Saya akan minta semua Exco bincang mengenai cadangan untuk menukar kenderaan rasmi ini. Saya tidak tahu jenis kenderaan Proton yang lain namun Proton Perdana V6, saya memang sudah rasakan ia tidak selamat.

"Jika kita tukar, yang pastinya bukan Proton lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Tan Khiew, beliau juga mahu pengurusan Proton memberikan penjelasan mengenai kejadian itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran berkata, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Proton awal pagi ini namun tiada seorang pun wakil syarikat itu datang melihat keadaan kereta tersebut.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi berkata, cadangan Tan Hiew tersebut tidak munasabah kerana sebarang urusan melibatkan kewangan termasuk pembayaran dibuat oleh Pegawai Kewangan Negeri.

"Saya fikir, kerosakan ini merupakan satu alasan yang sengaja dibuat oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menukar kereta rasmi Exco kepada kenderaan mewah yang lebih mahal.

"Jika benar, saya galakkan mereka pakai Mercedes-Benz atau Lexus seperti yang dipakai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tindakan itu mungkin dapat menggambarkan dasar 'berjimat-cermat' yang dilaungkan oleh mereka," katanya.

Tambah Khir, sepanjang menjadi Menteri Besar, beliau tidak menghadapi masalah menggunakan Proton Perdana V6 dalam sebarang urusan rasmi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.