saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/11/2008

Gua Musang calon Ku Li Presiden UMNO


Tengku Razaleigh Hamzah, (dua dari kanan) turut mengundi bagi merebut jawatan kepimpinan UMNO di Gua Musang, Kelantan, semalam.


GUA MUSANG 1 Nov. - Selepas tiga minggu dan lebih 100 bahagian UMNO bersidang akhirnya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendapat pencalonan pertama untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan.

Seperti yang diramalkan pencalonan itu diperoleh melalui persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang hari ini.

Pencalonan itu dibuat secara sebulat suara oleh 384 perwakilan daripada 116 cawangan yang hadir di persidangan itu yang diadakan di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini yang dirasmikan oleh Tengku Razaleigh sendiri.

Persidangan itu juga membuat kejutan apabila mencalonkan muka-muka lama UMNO termasuk seorang wanita bagi mengisi jawatan tertinggi parti dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO bahagian Gua Musang mencalonkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Bahagian itu turut mencalonkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Afifuddin Omar; Tan Sri Mohd. Isa Samad dan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohd. Sadique sebagai Naib Presiden.

Selain itu Datuk Mohd. Khalid Yunus dan Datuk Mohamad Aziz dicalonkan bagi jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

Dalam pada itu, persidangan yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu berjalan lancar dengan kehadiran UMNO Bahagian Pasir Puteh yang diketuai Ketuanya, Datuk Kamaruddin Md. Nor sebagai pemerhati mewakili Badan Perhubungan UMNO negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.