saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 02/11/2008

Ahli perniagaan rugi RM1j disamun

SUBANG JAYA 1 Nov. – Enam penjenayah warga Indonesia melarikan wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM1 juta selepas menyamun keluarga ahli perniagaan di sebuah banglo tiga tingkat di Seri Kembangan di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi selepas penjenayah yang menutup muka dengan kain berjaya memasuki rumah berkenaan dengan memotong jeriji tingkap di tingkat bawah.

Mereka yang bersenjatakan parang terus memasuki bilik tidur utama di tingkat dua dan mengikat ahli perniagaan tersebut dan isterinya yang berusia 40-an.

Jurucakap polis berkata, penjenayah berkenaan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga di dalam peti besi di dalam biliknya.

“Suspek juga menggeledah bilik tidur ahli keluarganya yang lain iaitu abang dan isterinya di tingkat tiga dan mengikat mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, antara barangan berharga yang berjaya dilarikan penjenayah itu ialah sejumlah mata wang asing bernilai RM300,000, barang kemas dan enam utas tangan jenama Rolex.

“Selepas penjenayah itu melarikan diri, mangsa berjaya membuka ikatan dan membuat laporan polis,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.