saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/11/2008

Kontroversi Norman, Abby dan Memey




SEMAKIN panas dan bergelora rumah tangga pasangan pelakon Abby Abadi, 29, dan Norman Hakim, 32, apabila satu persatu berita sensasi mereka menghiasi akhbar dan majalah.

Pada 26 Oktober lalu, teka-teki keretakan rumah tangga mereka semakin jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi selepas kedua mereka dilihat tidak lagi sehaluan.

Sempena majlis cukur jambul anak ketiga mereka, Maria Danisha Hakim yang lahir pada 17 September lalu, Abby dan Norman memperlihatkan tanda-tanda tidak mesra hubungan suami-isteri.

Jelas terbayang di wajah kedua-dua mereka terhadap kemelut yang gagal untuk diatasi itu.

Malah Abby mengambil peluang dengan kehadiran para wartawan di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hatinya selama ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan secara jujur dengan nada yang bergetar mengakui hatinya benar-benar terluka dengan sikap suaminya.

Tanpa mahu menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku tetapi jauh di wajah Abby itu dia sebenarnya amat kecewa dengan ujian

yang melanda.

Dugaan ini adalah dugaan kali kedua selepas satu peristiwa yang membawa kepada kehancuran rumah tangga mereka pada 5 Mei 2006 kononnya dikatakan berpunca gangguan pihak ketiga.

Kejadian itu menyebabkan Norman dan Abby terpaksa rujuk kembali beberapa hari kemudian demi anak mereka ketika itu Mohd. Danish Hakim dan Marisa Dania Hakim, yang sekarang masing-masing berusia lima dan dua tahun.

Desas-desus masalah rumah tangga mereka semakin kuat bertiup apabila pada Syawal lalu Abby hanya menulis namanya dan anak-anak dalam ucapan Hari Raya yang dihantar melalui SMS kepada wartawan tanpa turut menulis nama suaminya sebagai pengirim ucapan.

Pada majlis cukur jambul yang lalu pula Norman berkali-kali menafikan dia sudah bernikah di negara jiran seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah Norman juga berjanji akan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam rumah tangganya dan sesekali tidak akan membiarkan kejadian pada 5 Mei 2006 itu berulang.

Tetapi ketika menjawab persoalan kenapa sudah lama tidak pulang ke rumah, kata Norman tiada guna dia berada di rumah jika hendak bergaduh.

Lebih menambahkan kekalutan terhadap masalah rumah tangga mereka pada 30 Oktober lalu Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah didakwa berkhalwat dengan pelakon Memey Suhaiza, 20, di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang.

Serbuan itu dilakukan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat maklumat bahawa kedua-dua pasangan itu berada dalam keadaan meragukan.

Bagaimanapun Abby dalam reaksinya terhadap peristiwa itu berkata, dia tidak terkejut dengan apa yang berlaku sebaliknya menyerahkan kepada takdir untuk menentukannya.

Ketika berborak dengan Abby pada malam sebelum kejadian, pelakon yang popular menerusi watak Cif Inspektor Aleeza menerusi drama Gerak Khas terbitan Skop Production itu seolah-olah membayangkan rumah tangganya berada dalam keadaan yang tidak dapat diselamatkan lagi.

“Entahlah... susah untuk Abby ceritakan. Tetapi Abby sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

Malah ketika ini Abby sibuk dengan penggambaran drama atas alasan “untuk menyara anak-anak.”

* Nafi perampas

Dalam Pancaindera keluaran 14 September lalu, pelakon Memey Suhaiza turut ditanya pembabitannya terhadap kemelut rumah tangga Abby dan Norman Hakim. Memey dalam reaksinya menganggap tuduhan itu adalah sesuatu yang berat.

Malah dia berjanji tidak akan merampas kebahagiaan sesiapa apatah lagi untuk meruntuhkan rumahtangga yang dibina oleh Abby dan Norman itu.

Sebaliknya Memey menganggap gosip tersebut hanyalah satu “kontroversi murahan” yang sengaja ditimbulkan oleh mereka yang dengki terhadap peningkatan kerjayanya.

”Saya tidak bercinta dengan Norman Hakim. Dia suami orang. Ia adalah cerita lama yang dikorek semula,” kata Memey ketika membuat pengakuan dalam Pancaindera keluaran tersebut.

Memey juga mengaku dia turut bimbang hati Abby akan terguris dengan laporan demi laporan berhubung dakwaan beliau menjalinkan hubungan dengan Norman.

Bagaimanapun ketika dihubungi pada petang Khamis lalu, Memey enggan menjawab panggilan telefon untuk mengulas perkembangan tersebut sebaliknya menghantar SMS dia begitu “sibuk” dengan penggambaran drama.

Norman pula ketika memberikan komen mengenai insiden itu berkata kejadian tersebut berlaku secara kebetulan.

Ketika itu dia berada di tingkat atas sementara Memey di tingkat bawah syarikat miliknya MDH Trading & Services sebelum serbuan dibuat.

Sebelum kejadian Norman mendakwa dia ada mesyuarat dengan seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) yang turut dihadiri Memey dan seorang pembantu Norman.

“Selepas saya menghantar COO itu pulang, pembantu saya pun pulang. Yang tinggal hanya Memey di tingkat bawah dan saya berada di tingkat atas sebelum kami ditahan,” kata Norman.

Malu dengan kejadian itu, Norman turut bimbang kejadian itu akan menjejaskan nama baiknya selain mengeruhkan lagi keadaan rumahtangganya yang sedang dirundung malang itu.

Walaupun belum disabitkan oleh mahkamah sama ada mereka bersalah atau tidak tetap berita ditangkap berkhalwat itu telah meninggalkan satu titik hitam terhadap mereka.

Selama ini Norman dan Memey cuba menafikan mempunyai hubungan tetapi kejadian yang berlaku sedikit sebanyak boleh mempengaruhi fikiran peminat untuk mempercayai gosip yang diperkatakan sebelum ini.

Dalam masa yang sama Abby juga turut menghadapi tekanan perasaan yang amat sangat kerana kejadian berkenaan berlaku beberapa hari selepas beliau habis pantang selepas bersalin anak ketiga.

Apakah yang akan terjadi terhadap masalah rumah tangga Norman dan Abby serta kerjaya seni Memey dalam bidang lakonan?

Dan akan adakah sinar bahagia yang dapat menerangi kembali kehidupan Norman, Abby dan tiga anak mereka?

Mudah-mudah Norman dan Abby dapat mencapai jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang menjadi semakin kusut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.