saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/11/2008

DBP saran guna BM dalam majlis rasmi

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyarankan semua majlis rasmi yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya demi memartabatkan bahasa kebangsaan.

Timbalan Pengarahnya, Kamarulzaman Shaharudin yakin ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan seluruh rakyat negara ini dapat memahaminya.

Menurut beliau, komitmen daripada semua agensi kerajaan perlu untuk memartabatkan bahasa Melayu, justeru cadangan itu wajar dipertimbangkan secara serius oleh pihak yang terlibat.

''Kini, kebanyakan majlis rasmi yang melibatkan agensi kerajaan menggunakan bahasa Inggeris, maka mungkin ada mesej yang disampaikan oleh pemimpin tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat ekoran masih ada yang tidak menguasai bahasa itu dengan baik.'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bahawa Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pula menyatakan, pada masa ini amalan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris semasa perbualan harian dalam kalangan rakyat negara ini menunjukkan mereka mengalami kecamukan budaya.

Kamarulzaman mengakui pelbagai kempen telah dianjurkan oleh DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu namun penggunaannya masih di tahap yang tidak membanggakan.

Beliau merasakan usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dimulakan di peringkat pemimpin seperti ahli-ahli Parlimen.

Dalam hubungan ini, katanya, DBP telah mengedarkan Kamus Dewan kepada setiap anggota Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai rujukan.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling menggesa supaya Akta Bahasa Kebangsaan dipinda bagi mengenakan hukuman kepada mereka yang menyalahgunakan dan menyisihkan bahasa rasmi.

''Hukuman dalam bentuk amaran, denda mahupun penjara wajar dikenakan. Kerajaan harus menimbang perkara ini bagi memartabatkan bahasa Melayu,'' katanya.

Zainal memberitahu, isu bahasa Melayu tidak akan berkesudahan jika penggunaannya tidak diberi penekanan terutama dalam kalangan pemimpin-pemimpin sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.