saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/11/2008

Serah memo kepada Sultan Perak esok

IPOH 3 Nov. - Sekurang-kurangnya 500 orang Melayu dijangka akan menyertai perarakan bagi mengemukakan memorandum sokongan terhadap ketetapan yang diambil pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-215, pada Rabu ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail berkata, memorandum yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu merupakan tanda taat setia orang Melayu terhadap institusi Raja Melayu di negara ini.

''Perarakan ini adalah sebagai menyambut hasil ketetapan Majlis Raja- Raja Ke-215 yang bermesyuarat di Terengganu baru-baru ini mengenai kedudukan institusi raja, agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan hak bukan Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

''Saya harap perarakan yang bermula dari Masjid Ubudiah ini akan menjadi peringatan kepada kumpulan tertentu yang sering mempersoalkan hak istimewa orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi memberitahu, perarakan akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan peserta dijangka tiba di Dewan Santapan Istana Iskandariah pada pukul 10 pagi.

Menurut beliau, Sultan Azlan sudah memberi perkenan untuk menerima semua peserta masuk mengadap dan perarakan itu juga mendapat kelulusan polis.

''Pada majlis itu, semua peserta akan melafazkan sumpah taat setia kepada Sultan Perak dan institusi Raja-Raja Melayu dan saya sendiri akan mempersembahkan memorandum kepada Sultan Azlan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan GMP yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai sebarang motif politik, sebaliknya berjuang mempertahankan kedudukan orang Melayu, agama Islam dan juga institusi Raja Melayu.

''Kami berasa kesal dengan tindakan segelintir kumpulan dan pemimpin menggunakan isu sensitif ini semata-mata untuk kepentingan politik sedangkan mereka tahu perkara ini sudah dipersetujui sebelum ini.

''Semua perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan dan tidak wajar terus dipersoalkan. Selagi ia berada di situ, kita sebagai warganegara Malaysia wajar mematuhinya," tegas beliau.

Sehubungan itu Mohd. Hilmi berkata, orang Melayu dari Perak atau luar negeri ini yang mahu turut serta diminta berkumpul di Masjid Ubudiah pada pukul 9 pagi Rabu ini dan memakai pakaian Melayu yang lengkap kerana ia merupakan peraturan istana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.