saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/11/2008

Naib Presiden Gerakan mati terjatuh


MAYAT Dr. S. Vijayaratnam ditutup dengan plastik selepas dipercayai terjatuh dari atas bangunan kliniknya di Jalan Tunku Hassan, Seremban, semalam.


SEREMBAN 3 Nov. - Naib Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. S. Vijayaratnam, 58, ditemui mati di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal milik keluarganya di Jalan Tunku Hassan di sini tengah hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian membabitkan Ahli Dewan Negara dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berlaku pada pukul 12.15 tengah hari ini.

Menurutnya, beberapa orang saksi melihat mangsa sebelum itu berada di bumbung bangunan tersebut.

Menurutnya, mayat mendiang kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk dibedah siasat.

''Hasil siasatan awal polis, kita mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut dan mendiang dipercayai terjatuh daripada bangunan itu,'' katanya pada sidang media di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Osman, polis juga mendapati tidak ada orang kedua atau ketiga yang terlibat dengan kejadian tersebut dan tiada unsur sabotaj atau kaitan dengan politik.

''Buat masa ini siasatan menyeluruh mengenai kes ini sedang dijalankan termasuk memanggil beberapa saksi yang melihat kejadian itu,'' katanya.

Ketika kejadian tersebut berlaku, menurutnya, hanya terdapat seorang pekerja di klinik tersebut dan tiada pesakit.

''Kita tidak menemui sebarang nota di tempat kejadian, begitu juga barangan lain kerana semuanya ditinggalkan di dalam pejabat seperti telefon bimbit dan dompetnya.

''Difahamkan mendiang datang ke pejabat awal pagi ini sebelum meminta kunci daripada pekerjanya untuk melihat tingkat dua bangunan itu yang masih kosong dan naik ke atas bumbung,'' ujar beliau.

Menurut Osman, mendiang biasa naik ke atas bumbung bangunan tiga tingkat itu dan tindakannya pagi ini tidak mendatangkan sebarang rasa curiga kepada pekerjanya itu.

Bagaimanapun, pekerja itu terkejut mendapati mendiang terjatuh dan terbaring di hadapan kliniknya.

''Kita percaya mendiang meninggal dunia beberapa minit selepas terjatuh. Polis berharap saksi yang melihat kejadian ini tampil memberikan kerjasama untuk membantu siasatan,'' katanya.

Sementara itu, isteri mendiang, Datin T. Anucia, 40-an, yang tiba di tempat kejadian sejurus mendapat tahu kejadian tersebut tidak dapat mengawal perasaan sehingga terpaksa dihantar pulang ke rumahnya di Jalan Dato' Klana Maamor di sini untuk ditenteramkan.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan empat anak iaitu Ashta, 25; Aira, 22; Seeralan, 13 dan Ahalia, 12. Ashta kini belajar di Australia, manakala Aira berada di England.

Dalam pada itu orang ramai yang lalu-lalang di kaki lima kedai terkejut apabila terdengar bunyi dentuman dan tidak menduga seorang lelaki terjatuh dari bangunan di situ.

Seorang peniaga kedai gambar yang enggan dikenali berkata, mendiang telah datang ke kedainya dua hari lalu untuk memproses gambar yang dirakamkan semasa berada di United Kingdom, ketika menghantar anaknya menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.