saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 04/11/2008

MMC-Gamuda laksana projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar yang bernilai RM12.485 bilion telah diberikan kepada MMC- Gamuda JV melalui cara rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.

''Projek ini adalah secara rundingan terus dan telah mengambil kira aspek kepakaran yang ada pada syarikat-syarikat yang telah menawarkan untuk melaksanakan projek-projek ini,'' kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai cara projek tersebut diberikan kepada MMC-Gamuda, pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lajim berkata, cara rundingan terus adalah lebih baik kerana projek itu besar dan memerlukan kepakaran untuk membolehkan kerja-kerja berkenaan dibuat dengan sempurna dan dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu merangkumi tempoh lima tahun mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

Projek itu dilaksanakan secara 'reka dan bina', dan skop kontrak meliputi perancangan, reka bentuk, pelaksanaan projek, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.