saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/11/2008

Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan

04/11/2008 7:23pm

KUALA LUMPUR 4 Nov. Semua ahli Parlimen pembangkang hari ini bertindak keluar daripada Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati kerana mereka tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan.

Wakil pembangkang mula membuat bantahan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau mahu menghabiskan pembentangan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009 sebelum memberi ruang untuk penjelasan.

Ekoran tindakan ahli Parlimen pembangkang yang seringkali bangun untuk membantah, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan mesyuarat jika tidak beliau akan meminta mereka meninggalkan Dewan.

Beliau juga menjelaskan, Menteri Kewangan akan memberi ruang kepada ahli Dewan untuk mendapatkan penjelasan selepas membentangkan langkah-langkah tambahan itu dan ahli Parlimen perlu bersabar seketika.

Chua Tian Chang (PKR-Batu) menjadi ahli Parlimen pertama yang diarah berbuat demikian selepas enggan mematuhi arahan Yang Dipertua untuk duduk dan tidak meneruskan bantahan.

Bagaimanapun keadaan itu berterusan sehingga mengganggu penggulungan Menteri Kewangan dan ketika Mohd. Azmin Ali (PKR-Gombak) mengemukakan bantahan, Yang Dipertua sekali lagi mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan.

Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudiannya terus bangun beramai-ramai dan meninggalkan Dewan.- Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.