saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/11/2008

Obsesi temukan Remy dan Lisa


tengku azuddin diiringi ke majlis persandingannya dalam salah satu adegan drama bersiri Obsesi.


SEBAIK foto persandingan Remy Ishak dan Lisa Surihani diperoleh dan bertukar tangan, ada yang bertanya apakah mereka berdua sudah berkahwin.

Ini kerana, tidak pula terdengar gosip atau spekulasi yang menyebut pasangan itu bercinta.

Jadi, bagaimana pula boleh tersebar foto-foto perkahwinan pasangan pelakon muda popular itu.

Jawapannya sangat mudah. Remy dan Lisa disandingkan dalam lakonan.

Mana mungkin mereka berkahwin sedangkan Remy dan Lisa baru kali pertama digandingkan dalam lakonan.

Kedua-dua mereka tidak pernah bertentang mata, jauh sekali meluahkan rasa kasih atau cinta.

“Semua ini lakonan saja. Jangan pula ada yang mencetuskan cerita bukan-bukan bila melihat gambar ‘perkahwinan’ kami ini,” pinta aktor muda Remy dalam satu temu bual dengan Hits baru-baru ini.

Ketika ditemu bual, Remy berada di lokasi penggambaran drama Awan Dania.

Namun begitu, dia sangat teruja ketika diajak berkongsi pengalaman membintangi siri Obsesi yang menemukan pelakon itu dengan Lisa.

“Obsesi menawarkan saya pengalaman menarik di lokasi. Pertama, skripnya sangat mencabar karakter saya.

“Keduanya, saya gembira kerana dapat berlakon di samping senior-senior yang sangat saya hormati dan kagumi seperti Fauziah Nawi, Wan Maimunah Haliza Misbun dan Aida Aris,” kata aktor berusia 26 tahun itu penuh teruja.

Drama bersiri Obsesi terbitan Zeel Productin Sdn. Bhd., yang mula ditayangkan di TV3 malam ini merupakan sebuah naskhah yang diangkat ke kaca televisyen berdasarkan novel Obsesi tulisan Abdul Rahim Awang.

Bakal bersiaran selama 25 episod, sutradara bagi drama ini ialah Murali Abdullah iaitu salah seorang karyawan yang aktif berkarya.

Menerusi drama ini, Remy memegang watak Tengku Azuddin iaitu seorang lelaki yang berpendirian teguh.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, dia berhadapan dengan dilema apabila terpaksa memenuhi permintaan ibunya, Tengku Mariam (lakonan Fauziah Nawi) dengan kehendak diri.

Dalam konteks lakonannya menerusi drama bersiri ini, Remy memberitahu, cabaran paling getir yang perlu dihadapinya ialah mengubah personalitinya.

Pada usia 26 tahun, Remy mengakui, dia sangat sukar untuk menterjemahkan karakternya menjadi lelaki berusia 32 tahun dalam Obsesi.

“Seperkara lagi, saya juga perlu menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan menampilkan imej seorang korporat sedangkan dalam realitinya, saya tidak melalui kehidupan yang sedemikian,” jelas Remy lagi mengenai cabaran itu.

Namun begitu, mujur Remy dibantu oleh pengarah drama berkenaan selain pelakon-pelakon senior yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

“Saya harus berterima kasih kepada Zeel Production kerana memberikan saya peluang untuk membintangi drama bersiri ini.

“Sudah tentu saya tidak akan menghampakan harapan syarikat produksi itu kerana percaya dengan bakat saya,” kata Remy merendah diri.

Baca novel sebelum berlakon

Sementara itu, aktres muda yang menjadi ‘isteri’ Remy dalam drama bersiri Obsesi, Lisa Surihani juga sependapat dengan Remy, bahawa drama berkenaan memberikan peluang keemasan buatnya.

Membesar dengan lakonan senior-senior terbilang industri filem yang turut membintangi Obsesi, Lisa menyifatkan, peluang sedemikian tidak datang selalu.

“Inilah pengalaman terawal saya yang paling manis untuk saya kenang sampai bila-bila. Saya merebut peluang yang ada untuk belajar daripada mereka mengenai ilmu lakonan.

“Apa yang saya kagumi, mereka bersifat terbuka dan tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu,” kata Lisa menyatakan rasa bangga kerana dapat berlakon di samping Fauziah Nawi, Haliza Misbun dan Wan Maimunah.

Dan bercerita mengenai pasangannya dalam drama itu, Lisa mengakui, dia dan Remy mempunyai keserasian.

“Mungkin semua ini disebabkan kami berdua masih baru dalam bidang lakonan dan ia memudahkan saya dan Remy untuk berkongsi apa juga pandangan,” kata Lisa yang ketika ini masih sedang berduka selepas kehilangan ayahnya, Mohamad Mahbob baru-baru ini.

Dalam kegembiraan menanti tayangan drama bersiri Obsesi lakonannya, pada masa yang sama Lisa ralat kerana arwah ayahnya tidak berkesempatan untuk berkongsi kegembiraan itu.

“Saya terlalu merindui arwah ayah. Dia adalah sumber inspirasi saya. Apa yang saya harapkan, Allah akan meletakkan ayah di sisi orang-orang yang beriman,” ujarnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.