saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 06/11/2008

Shahidan bayar tunggakan KWSP


Shahidan Kassim keluar dari pejabat KWSP Perlis di Kangar, semalam setelah mengadakan perbincangan mengenai tunggakan caruman pemain- pemain bola sepak negeri itu.
- Bernama


KANGAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim akan membayar tunggakan caruman pemain negeri itu kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM900,000 secara ansuran selama dua tahun bermula bulan ini.

Difahamkan, jumlah tersebut merupakan tunggakan bayaran caruman PFA bermula September 2005 sehingga Ogos tahun ini.

Beliau juga akan menggunakan wang simpanan KWSP miliknya sebagai jaminan peribadi sekiranya gagal melangsaikan tunggakan dalam tempoh tersebut.

Shahidan berkata, persetujuan itu telah diterima oleh KWSP selepas mengadakan perbincangan.

"Mereka meminta agar PFA mengemukakan surat cadangan dan pembayarannya akan bermula bulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Menurut Shahidan, jika beliau gagal membayar dalam tempoh dua tahun seperti yang ditetapkan, pihak KWSP boleh menggunakan wang daripada akaun KWSP miliknya.

''Kalau perlu wang KWSP saya boleh dikeluarkan dan saya akan menggunakan elaun saya yang ada untuk tampung pembayaran ansuran bulanan itu.

''Dalam tempoh itu jika Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ingin memberikan sedikit bantuan saya rasa tunggakan ini dapat diselesaikan dalam masa lebih cepat," katanya.

Pertemuan telah diadakan antara Shahidan dengan Ketua Cawangan KWSP Perlis, Mahmud Shauqi Ahmad dan Pengurus Penguatkuasaan KWSP Perlis, Mohd. Termizi L. Karim di pejabat KWSP, di sini.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Shahidan bersetuju untuk mengutus surat memohon bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyelesaikan masalah tunggakan caruman PFA kepada KWSP.

Shahidan memberitahu, beliau sedikit kecewa kerana ketika pasukan Perlis yang berada di bawah pengurusan PFA menjulang Piala Malaysia ramai pihak yang menunjuk muka dan bersama-sama menjulang piala tersebut.

''Apabila berlaku begini, tidak ada siapa yang ingin membantu kecuali Menteri Belia dan Sukan dan kemungkinan selepas ini Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin juga akan menghulurkan bantuan.

''Selepas ini saya akan memberi perhatian terutama dalam menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama dua bulan bagi membolehkan mereka lebih bersemangat untuk berlatih dan menjulang Piala Malaysia," ujarnya.

Menurut Shahidan, beliau mahu pemain tahu sukan bola sepak di Malaysia tidak akan mantap jika tanpa pengorbanan untuk meningkatkannya.

''Kalau pengurusan dan mana-mana pihak sanggup berkorban untuk meningkatkan mutu bola sepak negara, maka saya percaya ia boleh berjaya.

''Ini juga sebahagian daripada strategi dan matlamat untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini. Cuma saya ingin memberitahu negeri jiran (Kedah), kami akan menjulang Piala Malaysia tahun depan," jelasnya.

Beliau juga percaya negeri lain banyak berhutang dengan KWSP, cuma mereka mengambil tindakan tidak mahu menghebohkan perkara tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.